Mengancam tak???Hujung minggu lepas ana jalan-jalan cari makan dengan adik-adik dan anak-anak kat sekitar Wangsa Maju...Kemudian adik ana cadangkan kami makan kat Mali's Corner Koay Teow kat Danau Kota.Memang tak pernah makanpun kat sini walaupun seringkali jalan-jalan kat Danau Kota samada kat Uptown ataupun Festival City..

Tempat ni memang penuh dengan orang ramai,namun servis memang cepat kerana ianya self servis kita order dan bayar terus ambil makanan.Minuman kena order kat kedai sebelah sebab dia memang asingkan kaunter koay teow dengan kaunter minuman dan nasi lemak... Untuk yang first time datang sini walaupun malam kena bayar parking RM1 per entry nak masuk area shoplot ni...sebelah Festival City je tempat dia.

Rasa Char Koay Teow dia tersangatlah sedap dan harga untuk yang biasa cuma RM4.50 tapi banyak penuh pinggan.Ada udang dan kerang serta jeruk cili muda sekali.

Kat bawah ni ana uploadkan beberapa keping foto-foto Mali's Corner dari Facebook Mali's Corner...

Alamatnya kat Danau Kota





Foto dari FB Mali's Corner..