Mengancam tak???Hujung minggu lepas ana jalan-jalan cari makan dengan adik-adik dan anak-anak kat sekitar Wangsa Maju...Kemudian adik ana cadangkan kami makan kat Mali's Corner Koay Teow kat Danau Kota.Memang tak pernah makanpun kat sini walaupun seringkali jalan-jalan kat Danau Kota samada kat Uptown ataupun Festival City..

Tempat ni memang penuh dengan orang ramai,namun servis memang cepat kerana ianya self servis kita order dan bayar terus ambil makanan.Minuman kena order kat kedai sebelah sebab dia memang asingkan kaunter koay teow dengan kaunter minuman dan nasi lemak... Untuk yang first time datang sini walaupun malam kena bayar parking RM1 per entry nak masuk area shoplot ni...sebelah Festival City je tempat dia.

Rasa Char Koay Teow dia tersangatlah sedap dan harga untuk yang biasa cuma RM4.50 tapi banyak penuh pinggan.Ada udang dan kerang serta jeruk cili muda sekali.

Kat bawah ni ana uploadkan beberapa keping foto-foto Mali's Corner dari Facebook Mali's Corner...

Alamatnya kat Danau Kota





Foto dari FB Mali's Corner..

5 Comments

  1. sedap ke?? orang kata tak sedap...erk.. takpe2.. nti la nak try.. masa malis kat gerai sebelum ni rasa mcm tak teringin nak makan.. mcm tak bersih.. sekarang kedai gini.. nti la try... hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap!! Kedaipun cantik! Tapi kat area ina pun ada dua kedai char kewtiau penang..rasa memang sedap. Satu kat area TDDI Jaya dan satu kat Kg. Subang.

    ReplyDelete
  3. Pada selera ana malam tu sedaplah juga...lain orang lain tastenya,restoranpun penuh kena tunggu sit juga... harga tak mahal RM4.50 utk yg biasa,ada special tapi tak try pula....

    ReplyDelete
  4. sllu mkn kt sni dlu.. mmg best. tp afni mkn kt kolej tar kt area wngsa mju

    ReplyDelete