Agak lambat ana baru dapat masukkan entri ni sebab macam ibu-ibu lain jugalah sibuk hujung-hujung cuti sekolah ni nak buat persiapan 'back to school'.Ana pasti dah banyak blogger-blogger lain di luar sana yang tulis tentang Genting Highland ni namun disini ana nak kongsikan juga serba sedikit dari pengalaman peribadi ana sendiri yang datang sini cuti sekolah lepas..Sebenarnya kali terakhir ana naik Genting Highland dekat berbelas tahun lalu,jadi sebelum ke sini semula ana Googlelah blog rakan-rakan blogger cari serba sedikit info dan memang banyak membantu...Oleh itu disini ana kongsikan semula info-info yang ana ada untuk manfaat mereka yang lain pula...lebih banyak info lebih baguskan...
Jalan Alternatif ke Genting Highland
Kami dari Rawang atau mereka dari Utara tanahair bolehlah menggunakan jalan alternatif ke Genting Highland iaitu melalui bandar Batang Kali ,dekat dengan Serendah tu.Melalui jalan ini bolehlah mengelakkan kesesakan di MRR2 serta tidak perlu menggunakan Lebuhraya Karak dan jimatlah tol sikit..Jalannya pun luas dan tahap mendakipun tidak terlalu curam dan ikut jarak pun taklah terlalu jauh..
|
pandangan dari bandar Batang Kali,Selangor. |
|
Laluan ke Genting Highland melalui Batang Kali. |
Stesen kereta kabel Skyway ke puncak Genting Highland
Untuk ke Resort World dan Taman Tema dipuncak Genting Highland ni kita boleh memandu sendiri atau menggunakan perkhidmatan Skyway.Kat sini pakir kereta adalah percuma di stesen kereta kabel Skyway di Gohtong Raya ni..dan banyak juga lot-lot yang disediakan..kemudahan pun memang selesa.
|
Terdapat pakir kereta berbumbung atau terbuka disini |
Harga tiket untuk menaiki Skyway ialah Rm6 untuk seorang sehala perjalanan dan waktu operasi dari jam 7:30 pagi hingga 12.00 malam.
Sebuah Skyway boleh memuatkan 8 orang penumpang dan perjalanan untuk ke puncak agak lama dan menyeramkan juga bagi ana sebab memang gayat pada ketinggian...lebih-lebih lagi masa ana naik tu cuaca memang berkabus tebal sebab kat bawah hujan lebat..
|
Salah sebuah Skyway yang tiba |
|
Permandangan dari atas Skyway |
|
Diselubungi kabus tebal ketika di puncak |
Sampai kat atas macam diketahui umum terdapat 2 Taman Tema di sini samada Indoor Thames Park atau Outdoor Thames Park..Untuk permainan dan harga pakej yang ditawarkan boleh terus ke link ni
http://www.rwgenting.com/en/themepark/index.htm semua harga permainan ada kat sana lebih lengkap lagi...
Disini ana kongsikan lagi beberapa foto yang sempat ana rakamkan untuk semua di dalam Taman Tema dan di luar agak tidak bernasib baik kerana cuaca sangat berkabus...
|
Indoor Thames Park,Genting Highland |
|
Snow World,Genting Highland |
Bayaran masuk ke Snow World ni RM25 seorang untuk dewasa tapi kat dalam ni tidak dibenarkan mengambil gambar jadi ana hanya dapat ambil gambar dari luar cermin kaca besar ni sahaja.Baju sejuk dan kasut disediakan disini.
Ini pula permandangan di luar Resort memang berkabus tebal pada hari tersebut.Ana harap entri ini dapat memberi serba sedikit informasi untuk anda semua yang akan bercuti ke Genting Highland,Pahang Darul Makmur....
16 Comments
Alahai , rindunyee nak naik kabel car tu , pergi genting , huhu , tengok kabus tu teringat time saya pegi genting , time tu mmg sejuk !! huhuk , btw , nice entry !! :D
ReplyDeletewah bestnye akak . thanks for the info ;)
ReplyDeleteTq Cuitiex Nieyna & sabella mohamad: Insyaa Allah kita kongsi-kongsi info kay...
ReplyDeletesaya pun dah lama x pegi genting. last thn 2004 huhu
ReplyDeletebeshnyer!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1
ReplyDeleteawk..meh tgk karipap aiskrim saye nh..!! http://penchenta-cadbury.blogspot.com/2013/01/karipap-aiskrim-cik-teha.html
ReplyDeletewaaaa..bestnya..tak pernah pergi genting walaupun sangatlah dekat..hehe..saya duduk bentong..dari atas jalan dekat rumah boleh nampak bangunan genting..tapi jauh juga..hehe..tak boleh mendaki bukit. seronoknya, nak pergi..tak ada orang nak bawa..hehe. tapi sekarang musim hujan dekat pahang ni.
ReplyDeletememang best gi genting... tp nyesal masuk snow sorld.. bukan ada apa pon gambar pon x bleh tangkap...dh lah nk byr diorang mahal sekeping gambar...huhuhu.. jom follow blog shaz...
ReplyDeletebaru je g genting hujung bln 12 lepas tp tak masuk theme park pun. penah naik skyway dan pernah merasa masuk rumah salji. ada khidmat ambil gambar tp chage dia tak la terlalu mahal
ReplyDeletememang betul... tiket dah mahal tapi tak boleh ambil foto kena beli lak foto yg diorang ambil... terima kasih kunjungan Shazila mohd gazali & lynn kamarul..
DeleteSalam,wah bestnyerrrrr!!sangat bermanfaat perkongsian ni,huhu kite baru nak pergi genting dalam masa terdekat ni,first time pulak tu,excited sesangat!!tq sis ;)
ReplyDeletesama-sama izzat vomega: ana kongsikan apa yg ana pernah lalui kerana ada masanya ana juga tercari2 info ttg sesuatu dari rakan2 blogger yg lain..heppi holiday...
Deletedah lama tak p sini
ReplyDeletejom pi sana Fuza makan angin hehe
DeleteBrape harga tket
ReplyDeleteady ady; tiket skyway tu RM6 sehala,tak pasti kalau dah berubah harga semasa entri diterbitkan, kalau harga pekej boleh klik kat link yg diberi diatas..:)
Delete