Drama terbitan Media Corp ini menggunakan lokasi yang hampir sama dengan drama The Mining Magnet di sekitar Muar,Johor.Drama terbaru yang disiarkan di NTV7 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 9.30-10.30 malam menggantikan The Mining Magnate berkisar di zaman selepas penaklukan Jepun di Singapura.Menggunakan latar belakang tahun 1940an mengisahkan perjalanan kehidupan 3 adik beradik yang mewarisi sebuah kuarters atau rumah sewa bilik era zaman silam dari datuk mereka.

Mereka terdiri dari Bai Jinchuan cucu sulung yang merupakan seorang yang kurang siuman setelah didera oleh tentera Jepun kerana menyelamatkan datuknya.Jinchuan dikahwinkan dengan JinChun seorang gadis yang ditinggalkan kekasihnya yang kaya setelah hamil.Cucu kedua keluarga Bai ialah Bai Jinfeng seorang yang berwatak jahat mencuri harta-harta datuknya untuk dihabiskan di meja judi dan sering membuat kacau dikampung tersebut manakala cucu bongsunya pula bernama Bai Jinhai seorang pemuda yang berpelajaran dan bercita-cita tinggi dan berusaha untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti.JinHai dicintai oleh seorang anak gadis hartawan bernama Guan Naidong dan dalam masa yang sama disukai juga oleh salah seorang penyewa bernama Huang Qiu Mei yang merupakan seorang gadis dari negara China yang berhijrah ke Singapura untuk mencari rezeki.

Disamping watak-watak utama terdapat juga beberapa watak-watak dari penghuni rumah sewa ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pekerjaan mewarnai plot-plot dalam drama ini.Untuk sinopsis dan watak-watak dalam drama The Quarters ini sila ke :http://en.wikipedia.org/wiki/The_Quarters_%282012_TV_series%29

Pelakon-pelakon drama The Quarters:

Yao Wenlong - Bai Jinchuan:
Yao Weng Long & Constance Song
Constance Song - Jinchun :


 Dai Yang Tian - Bai Jinhai :
Zhou Ying - Huang Qiumei :
Zhou Ying & Dai Yang Tian
Wu Enyi - Guan Naidong :
Wu Enyi,Dai Yang Tian & Zhou Ying
Foto-foto dari drama The Quarters:
JinChuan & Jinhai



Keluarga kaya Guan..

Pelakon-pelakon drama The Quarters di NTV7

Foto-foto dari: entertainment.xin.msn.com,blogs.xin.sg dan Google Image.
Rujukan: wikipedia :the quarters drama



0 Comments