Tak habis lagi update kisah di Pulau Pinang ni...sekadar nak kongsi pendapat peribadi ana berdasarkan pengalaman masa makan angin ke Pulau Pinang...Ada dua pilihan untuk kita sampai ke Pulau Pinang, samada nak menggunakan jambatan ataupun perkhidmatan feri..masa entri ini ana tulis,jambatan kedua Pulau Pinang dah hampir siap..dari puncak Bukit Bendera dah boleh nampak kedua-dua jambatan ini selari diantara satu sama lain...

Google Image: Feri dan Jambatan Pulau Pinang

Perkhidmatan feri:

Menurut wikipedia perkhidmatan feri di Pulau Pinang merupakan yang tertua di Malaysia..Ia mula di gunakan pada tahun 1894 oleh pengusaha persendirian Encik Quah Beng Kee dan saudara-saudaranya..namun pada ketika itu difahamkan reka bentuk feri bukanlah seperti yang kita lihat pada hari ini..tentunya jauh berbeza dan kurang teknologinya...

Terdapat beberapa nama-nama diberi kepada feri-feri di Pulau Pinang seperti feri Pulau Pinang,feri Pulau Rimau, feri Pulau Rawa dan lain-lain lagi..Feri menghubungkan kenderaan dari Terminal Feri Sultan Abdul Hamid di Butterworth ke Terminal Feri Raja Tun Uda di George Town,Pulau Pinang..Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke destinasi.

Jadual perjalanan pula dari jam 6 pagi hingga 12.30 tengah malam dan mungkin ada berlaku perubahan waktu mengikut keadaan..

Ketika feri lalu di sebelah Star Cruise meninggalkan jeti Raja Tun Uda..
Semasa berada di Pulau Pinang ana dan keluarga menggunakan perkhidmatan feri semasa perjalanan balik dari pulau ke seberang tanah besar pada waktu malam..memang agak seronok melihat keindahan bandar George Town dengan kerdipan lampu-lampu sayup-sayup di tinggalkan oleh perjalanan feri...dapat dirasa keheningan bayu laut pada waktu malam dan ianya suatu pengalaman yang menyeronokkan..

Jambatan Pulau Pinang:

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia iaitu kira-kira 13.5km di mana 8.4km merentangi laut..Menghubungkan Pulau Pinang melalui Lebuh Raya Jelutong di Bayan Lepas dengan Seberang Prai selepas tol Juru dari lebuhraya Utara-Selatan..Mula di bina pada tahun 1982 dan siap digunakan pada tahun 1985 dengan kos RM850 juta..(rujukan dari wikipedia).

Menggunakan jambatan untuk sampai ke Pulau Pinang adalah satu pengalaman yang agak biasa seperti jambatan-jambatan lain yang pernah kita lalui..cuma ianya memang panjang dan jauh..Ada ketikanya berlaku kesesakan trafik di atas jambatan dan kerap kali juga berlaku kemalangan jalan-raya..kita hanya dapat melihat keindahan laut dari dalam kenderaan sahaja..dan perjalanannya juga tidak tentu masa bergantung kepada keadaan trafik..


Berdasarkan pengalaman perjalanan ana ke Pulau Pinang baru-baru ini ana dapati kedua-dua perkhidmatan ini ada pro dan kontranya..khususnya beratur panjang samada di jambatan semasa membayar tol manakala perkhidmatan feri pula beratur panjang semasa menunggu giliran menaiki feri..mengenai tambang RM 7 dikenakan untuk masuk ke pulau samada jambatan atau feri tetapi percuma untuk balik ke seberang tanah besar...Apapun ianya suatu pengalaman yang menarik namun telah menjadi satu rutin bagi mereka yang berulang alik setiap hari dari pulau ke tanah besar..

11 Comments

  1. NAik feri best dpt nikmati angin laut....

    ReplyDelete
  2. Kalau musim perayaan..both way sangat lah jam!! Tapi kalau nak merasa kelainan naik feri masa nak keseberang..then guna jambatan masa nak balik ke Tanah besar :)

    ReplyDelete
  3. biasa akan guna dua2 utk rasa :)

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi melancong dengan keluarga. Biasa menggunakan feri sebab dapat rasa berbeza ;)

    ReplyDelete
  5. biasanya akn naik feri..nak ambil angin laut..hee

    ReplyDelete
  6. sebut penang je tingat nasi kandar...aduhaiiii tingin sudah..;)

    ReplyDelete
  7. naik dua2 la untuk alami feel dia. kalo ada 2nd bridge nanti, naik 2nd bridge lak. kalo ada terowong, try masuk terowong lak...
    tp naik ferni ni best gak, leh feel suasana laut.

    ReplyDelete
  8. baru nak naiknfi..sebab nak rasa keindahan malam atas feri...thanks info berguna..

    ReplyDelete
  9. tq semua yg singgah dan komen : masing2 ada pendapat tersendiri yang penting heppi2 gi holiday kay...yang baik kita kongsikan bersama..

    ReplyDelete
  10. Boleh x tolong I untuk dpt idea untuk objectif kajian tentang perkhidmatan perubahan jadual terhadap pengguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sangat, ia diluar pengetahuan Aj mungkin boleh cari di laman-laman web yang lebih formal tentang perkara tersebut.perkongsian di Aj menjurus kepada blog lifestyle catatan pengalaman sendiri. Terima kasih singgah ke sini dan semoga sukses :)

      Delete