Cuti sekolah dah berakhir minggu ini...back to normal life semula sibuk dengan aktiviti persekolahan anak-anak..Entri untuk awal bulan Jun ini , ana nak kongsikan beberapa keping foto yang di ambil semasa bercuti sempena Family Day di Cameron Highland 11 Mei nan lalu... nak cerita tentang tempat-tempat menarik di Cameron Highland ni memang dah banyak dah di update oleh rakan-rakan blogger yang lain.Kali ini kita lihat pula keindahan alam semulajadi serta flora-floranya yang amat cantik ciptaan Ilahi Yang Maha Agung... Maha Suci Allah...




Bunga-bunga segar yang dijual di kedai-kedai di sepanjang jalan dari Tanah Rata hingga ke puncak simpang ke Simpang Pulai..pelbagai bentuk dan warna nan indah dipandang mata..



Kuntuman bunga Daisy atau Gerbera dengan pelbagai warna yang sangat cantik...




Salah satu pusat jualan bunga yang sangat cantik dan menjual pelbagai bunga-bungaan dan coklat serta strawberi..terletak di Kampung Raja, Cameron Highland... boleh klik disini untuk keterangan lanjut: http://www.cameronhighland.net/green-view-garden.htm



Salah satu tapak kebun tanaman kobis di Kampung Raja, Cameron Highland








Tiga keping foto permandangan indah di ladang teh di puncak Cameron Highland..saujana mata memandang kehijauan nya..

Pintu hadapan The Smokehouse & Restaurant,Tanah Rata,Cameron Highland.











Kesemua bunga-bungaan dan sayuran di atas boleh di lihat di Taman Agroteknologi MARDI ,terletak di Tanah Rata ,Cameron Highland..bayaran RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk pelajar di kenakan namun amat berbaloi kerana kita dapat melihat pelbagai bunga-bungaan dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang jarang dapat di lihat di sekitar bandar-bandar tempat kediaman kita ini..untuk keterangan lebih lanjut bolehlah klik di sini : http://agromedia.mardi.gov.my/tourismch2006/index.htm




Akhirnya tak sah kalau tak sebut tentang strawberi kalau ke Cameron Highland, kita boleh melihat dan memetik strawberi di kebanyakan ladang-ladang dan pusat jualannya di sepanjang jalan dari Tanah Rata,Brinchang dan Kea Farm...Cameron Highland adalah destinasi pelancongan yang amat sesuai untuk pencinta alam semulajadi...