Memang lari konseplah bila ana update entri pasal kereta ni....Sedang berlangsung sekarang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur..mulai dari 15hb-24hb November 2013...Bagi peminat dunia auto pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat kereta-kereta terkenal dengan pelbagai model di pamerkan disini...

Waktu pameran ialah hari biasa dari 11:00am - 10:00pm manakala hujung minggu mulai
10:00am - 10:00pm..dan beberapa kategori harga tiket dikenakan untuk pengunjung,seperti yang ana postkan didalam foto di bawah:


Banyak model-model kereta dan model-model wanita juga dipamerkan disini...walaubagaimanapun agak kurang dari segi penyertaan dari jenama-jenama kenderaan yang mengambil bahagian...nak cakap banyakpun bukan bidang ana.... jadi bagi yang berminat bolehlah kesana untuk melihatnya sendiri..Macam biasa ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat kami rakamkan di dewan pameran Tun Razak beberapa hari yang lepas...Untuk keterangan lanjut bolehlah ke laman web rasmi KLIMS 2013 di :
www.klims.com.my