Serawa Buah Bacang
Satu lagi ana kongsikan juadah pencuci mulut yang tradisional atau ala-ala kampung iaitu serawa buah bachang...kenalkah buah bachang tu apa??sejenis buah kategori mangga dengan bau yang amat kuat dan bersabut isinya....disebabkan rasa buah bachang ni tidak sesedap buah mangga yang lain..ia digabungkan dengan santan dan gula lalu dijadikan serawa buat pencuci mulut....
Buah Bacang
Inilah buah bachang yang ana ambil dari kampung Teluk Intan hari tu...hati-hati kerana buah ini bergetah dan boleh melecur kalau terkena kulit.....baunya samalah macam durian , memang tak boleh sorok punya..
Kupas kulitnya dan basuh bersih-bersih..
Hiris halus-halus dan jangan ambil bahagian yang bersabut tengahnya....
Blend kelapa parut dengan air masak untuk santannya supaya anak-anak tidak sakit perut...campurkan gula dan secubit garam...masukkan cincangan buah bachang tadi...sejukkan dalam petiais atau masukkan ice-cube jika nak cepat sejuk...sedia untuk satu hidangan pencuci mulut tradisional khasnya bagi orang-orang dari negeri Perak Darul Ridzuan....

~Cubalah~