Restoran Mee Udang Mak Jah di Wangsa Maju

Mee Udang Mak Jah
Terliur tak..tentu penggemar makanan laut suka makan mee udang ni.Kali ini ana kongsikan satu lagi tempat makan yang pernah ana kunjungi baru-baru ini, Restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang terletak di Wangsa Delima,Wangsa Maju,Kuala Lumpur berhadapan Wangsa Walk .Banyaknya wangsa kan.

Tengahari tu,ana ada lunch date dengan adik sepupu, Effa dan famili, nak bawa ana sekeluarga makan mee udang ni.Restoran ni merupakan cawangan dari Restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang di Taiping,Perak.Memang besar-besar udang yang disajikan di dalam pinggan.Yang special ni dengan harga RM13 sepinggan.Rasanya ala-ala mee bandung cuma tiada rasa masam tetapi lebih rasa kepekatan kuah dari air rebusan udang itu sendiri.

Selain mee udang, restoran ini juga turut menyajikan pelbagai lagi menu masakan yang lain.Kami juga merasa juadah nasi goreng istimewa di sini yang di hidangkan didalam mangkuk berbentuk perahu..sangat sedap rasanya.

Nasi goreng telur
Restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ini dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 11:00 pagi hingga 11:00 malam.Bagi yang nak cuba merasa mee udang bolehlah datang ke sini jika berada di sekitar Wangsa Walk.

Pintu masuk Restoran Mee Udang Mak Jah
Papan tanda Restoran Mee Udang Mak Jah di Wangsa Maju

~berkongsi selera~

14 Comments

  1. Assalamualaikum .. aiyooo sodapnya.. terliur sheila tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila Salim...hehe kesian dia terliur ye..nnt gi cari ye yg berdekatan,ada tu..

      Delete
  2. Salam..memang banyak udangnya, baru makan di Kuala Sepetang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nohas: yang ni memang cawangan Kuala Sepetang tapi di Wangsa Maju..

      Delete
  3. salam kak ana..mesti spesel ni mee udang..besar nampak udang tu..cikla follow yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikla..mana tau boleh cuba lak resepi ni nanti..Google pasti ada kan..

      Delete
  4. Mcm pnh dgr je nama ni..mmg ada kat kuala sepetang kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada adrianna..yang ni cawangannya di wangsa maju tu..

      Delete
  5. waahhh kak ana. mee udang! rindu mee udang sabak bernam. first time kena mee udang masa kat sabak bernam lahh. nampak gaya yg kat mak jah tu mcm sebijik jea kt sabak bernam. nanti nk try lah. bila tu tak taw. hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina yang sabak bernam tu samalah mee banjir tu kan..kuala selangorpun ada juga rasanya..

      Delete
  6. heeee..thanks sudi singgah n coment dekat blog ain..terima kasihhhh....sedappp mee niiiiiiii

    ReplyDelete
  7. dah sampai ke sini dah branch nya mak jah ni ye...

    ReplyDelete