Soo Wincci

Wajah cantiknya dan kepandaiannya memasak di dalam rancangan Master Chef Selebriti 2012 yang lalu dan kemudian kembali bertarung dalam Master Chef All Star baru-baru ini telah menambat hati jutaan peminat untuk mengenali gadis jelita ini.Kadang-kadang kepetahannya berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada sedikit kekurangan membuatkan kita terhibur dan nampak sangat comel.Ana juga tertarik dengan personaliti Soo Wincci dan ingin abadikan di ruang blog ini sebagai satu coretan kenangan dari rancangan masakan kegemaran ana iaitu Master Chef.

Miss Malaysia World 2008-Soo Wincci (tengah)

Biodata Soo Wincci

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1985.Soo Wincci yang cantik jelita ini mempunyai ketinggian 5'7" atau 1.70m melayakkannya menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia Dunia pada tahun 2008.Soo Wincci telah di mahkotakan sebagai pemenang Ratu Cantik Malaysia Dunia dan mewakili negara di peringkatan pertandingan Ratu Dunia di Johannesburg,South Afrika pada tahun yang sama.Di sana Soo Wincci berjaya ke peringkat separuh akhir pencarian Miss World Top Model dan finalis Miss World Talent.

Gadis ini bukan sahaja cantik tetapi seorang yang bijak dan memiliki Ijazah Perundangan dari University of Reading,United Kingdom pada tahun 2007 dan Master in Business Administration dari University of Sunshine Coast.Difahamkan juga pada waktu ini Soo Wincci masih mengambil pengajian di sebuah universiti tempatan.


Soo Wincci

Bukan setakad itu, Soo Wincci juga mempunyai bakat dalam lakonan dan telah membintangi beberapa buah drama terbitan tempatan dan luar negara seperti Media Corp Chinese.Di samping itu telah merakamkan 3 album dalam bahasa cina, Soo Wincci juga ada merakam album dalam bahasa Melayu terbitan Ajai.Lagu yang mempopularkannya ialah Musim Asmara.Terbaru Wincci akan muncul bersama Iqram Dinzly dalam slot Cerekarama  Tahun Baru Cina di TV3 bertajuk Bila Biniku Gongxi.


Soo Wincci

Walaubagaimanapun program masakan Master Chef Selebriti dan Master Chef All Star lah yang telah menaikkan namanya sehingga dikenali seluruh lapisan masyarakat.Kehebatannya menyediakan pelbagai jenis 'dessert' atau pemanis mulut dengan 'plating' yang cantik dan menarik serta memenangi beberapa pusingan dalam program tersebut telah membuatkan namanya semakin harum di persada seni hiburan tempatan.Tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila tersingkir di peringkat suku akhir Master Chef All Star baru-baru ini dan memberi peluang kepada Zamir dan Cellina Khor untuk mara ke final malam ini.

Soo Wincci
Semoga Soo Wincci akan terus mekar di pentas dunia dengan pelbagai bakat dan kebolehan yang ada pada gadis istimewa ini.Terkini menurut laporan www.independentcritics.com melabelkan Soo Wincci antara 100 wanita tercantik di dunia dengan menduduki tempat ke 91.All the best for her.

Kredit foto: Google Image
Rujukan : wikipedia , murai.com, beautifulnara dan edtv

~berkongsi minat~