|
adik dan anak-anak di Bukit Fraser,Pahang |
Sempena cuti Hari Wilayah 1hb Februari yang lalu ana bersama abang sepupu dan adik bercuti ke Bukit Fraser,Pahang.'One day trip' sahaja memandangkan jarak perjalanan tidak berapa jauh dan setelah mengGoogle rasanya tidak banyak tempat yang ada di puncak bukit untuk dilawati.
Jalan Kuala Kubu Bahru ke Bukit Fraser
|
Laluan dari Kuala Kubu Bahru ke Bukit Fraser |
Memandangkan kami dari Rawang,Selangor perjalanan yang paling hampir ke Bukit Fraser adalah melalui Kuala Kubu Bahru . Kami mengambil masa 30 minit untuk tiba ke bandar Kuala Kubu Bahru dan memulakan pendakian ke puncak Bukit Fraser dalam 38km.Selepas empangan Kuala Kubu perjalanan semakin mencabar dengan melalui selekoh-selekoh tajam sambil mendaki.Kepakaran pengendalian kenderaan amat perlu dan pastikan juga kenderaan berada dalam keadaan yang baik.Keadaan jalan semakin lama semakin sempit dan selekoh makin tajam dan kerap.Anak-anak di tempat duduk belakang yang pada mulanya riang bercerita semakin senyap.Mungkin terasa agak pening dengan keadaan jalan yang bengkang bengkok.
Alhamdulillah kami selamat sampai ke GAP dimana pada masa kini kenderaan tidak perlu lagi menunggu giliran untuk ke puncak Bukit Fraser seperti dahulu kerana terdapat dua hala turun dan naik.
Bukit Fraser,Pahang
Bila berada di puncak suhu amat dingin dan hembusan bayu yang menyamankan.Selepas mendapat tempat letak kereta,kami memulakan sessi fotografi di pusat bandar Bukit Fraser dan mercu tandanya ialah menara jam Bukit Fraser.
|
Menara Jam Bukit Fraser |
Disekitar bandar kecil ini terdapat hotel dan banglo-banglo untuk penginapan.Terdapat juga sebuah dataran dihiasi bunga-bunga segar,kedai cenderahati,restoran,sebuah balai polis,masjid,klinik dan lain-lain kemudahan awam.Konsep senibina bangunan disini bercirikan ala-ala Inggeris dan sangat unik dan cantik.
|
Balai polis Bukit Fraser |
|
Masjid Bukit Fraser |
|
Dataran Bukit Fraser |
Ana memang membawa bekalan makanan dari rumah kerana bimbang akan berlaku kesesakan di gerai-gerai makan di puncak memandangkan cuti umum.Kami mendaki lagi ke untuk mencari wakaf-wakaf yang kosong untuk makan tengahari dan akhirnya dapat sebuah wakaf berhampiran Shahzan Hotel dihadapan taman bunga yang cantik.Apa lagi anak-anak yang dah kelaparan menjamu selera dengan bekalan 'spaghetti bolognese' serta nasi putih,ayam masak kicap dan sambal telur.
|
Berpiknik di wakaf awam Bukit Fraser |
Selesai menunaikan solat di Masjid Bukit Fraser kami meneruskan lagi percutian dengan melawat The Paddock Bukit Fraser dan Ye Olde Smokehouse,Bukit Faser.
The Paddock-Bukit Fraser
|
Paddock-Bukit Fraser |
Disini kita boleh menunggang kuda dengan kadar bayaran RM8 untuk satu pusingan.Disamping itu ada juga aktiviti memanah boleh dilakukan bagi mereka yang berminat.
|
Waktu operasi The Paddock,Bukit Fraser |
|
Kadar bayaran di The Paddock,Bukit Faser |
|
Adik Ika dan sepupunya Akmal ketika menunggang kuda di The Paddock,Bukit Fraser |
Selain menunggang kuda,disini kita juga boleh mencuba aktiviti memanah dan sumpitan.
|
Bayaran aktiviti memanah @ archery di The Paddock,Bukit Fraser |
|
Archery di The Paddock,Bukit Fraser |
Ye Olde Smokehouse,Bukit Fraser
|
Ye Olde Smokehouse,Bukit Fraser |
Destinasi seterusnya kami ke Ye Olde Smokehouse untuk bergambar di hotel mewah dengan seni hiasan taman dan dalaman bertema Inggeris yang sangat cantik.
|
Sessi bergambar di Ye Olde Smokehouse,Bukit Fraser |
Sebenarnya ada lagi destinasi lain yang menarik disini seperti berkayak di tasik dan terdapat sebuah air terjun,namun kerana perjalanan kami cuma seharian disini kami pendekkan sahaja sehingga setakad ini.
In Shaa Allah di lain kesempatan kami akan sampai lagi ke sini dengan IzinNya kelak.Semoga coretan percutian ana dan keluarga disini dapat memberi serba sedikit manfaat kepada mereka yang belum pernah dan berhasrat untuk melancung ke Bukit Fraser.
|
Mengkagumi keindahan alam ciptaanNya di puncak Bukit Fraser |
|
Sesekali ana munculkan diri di laman anajingga |
~berkongsi coretan perjalanan~
10 Comments
Assalamualaikum kak ana, bestnya pergi Bukit Fraser. tak pernah pergi lah kak. hehehe in shaa Allah.. sekiranya ada rezeki lebih teringin nak berjalan sini. hihi ~~~
ReplyDeleteWaalaikumsalam sheila, nanti bila lepas bersalin dan baby besar sikit bolehlah makan angin ke sini..In shaa Allah..
DeleteChêguzαm tak pernah pergi. Tapi bila tengok gambar mcm rasanya dah sampai ke sana
ReplyDeleteChegu: pernah ke tak pernah ni hehehe
DeleteTak pernah lagi bawak anak2 berjalan ke bukit fraser. insyaAllah one beautiful day :)
ReplyDeletein sya Allah suatu hari nanti mungkin ibuhebat akan sampai ke sini bersama anak2.. :)
DeleteHai ana, tq for info dan nice blog ...
ReplyDeleteHai Roha :) most welcome dear
DeleteBoleh ke masuk ke Ye Olde Smokehouse tu...tak kena halau.
ReplyDeleteBoleh je MKL masa pi tu okay je pekerja dia cuma tak ramai lah, tapi kalau kat CH memang depa tak bagi masukkan :)
Delete