Kerabu Bunga Betik
Kerabu bunga betik
Kerabu Bunga Betik |
Minggu lepas semasa di kampung, mak ana ada menyediakan kerabu bunga betik. Kalau ikutkan hati memang tak larat nak makan sebab rasanya pahit-pahit sedikit tetapi mengenangkan dah mak penat buat,ana rasalah juga tak sampai hati kat mak.Dah makan sikit macam sedap jugalah,ada kelazatannya.Mungkin air tangan mak yang sediakan itu membuat yang pahit jadi sedap agaknya.Sempatlah ana belajar dengan mak cara nak buat kerabu bunga betik ni.
Caranya: Bunga betik yang dipetik perlu direbus dengan asam keping terlebih dahulu untuk menggurangkan rasa pahitnya.Kemudian bilas dengan air bersih.Sediakan kerisik,udang kering yang di goreng terlebih dahulu,cili merah dan bawang besar yang dihiris dan gaulkan kesemua bahan.Akhirnya rasakan secubit garam dan gula disamping perahkan air asam limau kasturi.Siap.
Khasiat bunga betik
Bunga betik (Google Image) |
Inilah rupa bunga betik bagi yang tak pernah lihat.Menurut mak, bunga betik ni berkhasiat untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.Anapun telah Google tentang khasiatnya dan ramai juga yang menyatakan sedemikian.Mungkin kerana rasa pahitnya yang boleh mengurangkan tekanan darah tinggi ini.Dan baru-baru ini juga ada terbaca di kongsikan di Facebook tentang khasiat rebusan air daun betik boleh menyembuhkan demam denggi.Tak salah mencuba asalkan tidak memudaratkan kita.
~berkongsi resepi disini~
19 Comments
Info baru tahu ni.. dan tak sangka bunga betik org makan..
ReplyDeleteamir: makan camtu je idak lah pahit..dibuat kerabu utk kurangkan kepahitannya..
Deleteinfo baru juga utk saya sbb baru tahu bunga betik dpt kurangkan tekanan darah tinggi. Terima kasih banyak2 atas perkongsian
ReplyDeleteWaallahualam Shameel ini sekadar petua orang2 tua dan kak ana dapat dari blog2 lain..
Deletedah lama xbuat ni
ReplyDeletepatutlah Fuza forever young pernah makan ulam-ulaman pahit ni rupanya..hehe
Deletebetik putih sedap cicah ngn gula+ kicap...
ReplyDeletebetik putih tu yang belum masak penuh kan Tiqi??
Deletesbnrnya nk ckp betik putik..haha...
Deletehaha... ok kak ana faham..erm sedap juga kan cicah2 ni..hehe
Deletesbnrnya sy xsuka sgt mkn kerabu..tp kalu nasi kerabu ok la..
ReplyDeletefirst time dengan kerabu bunga betik biasa dengar kerabu mangga je :)
ReplyDeleteerm macam2 kerabu ada Mila..
Deletekalo tak makan lagi dilarang baca entri ne..boleh mengalir air liur..hehe
ReplyDeletealahai harap2 nick dah makan..kesian dia..
Deletesalam kak ana :) baru rahu khasiat bunga betik. dan yg penting skg ni byk kes demam denggi kan.. bagus betul buat sebagai ubat ni. kdg kena juga ubat cara tradisional kan.. kalau sepanjang umur asyik ubat hospital je ditelan, x lama rosak badan. Thank for sharing kak ana :) syg kak ana miss u moah moah
ReplyDeletewasalam sayangku: jaga kesihatan juga kay walau busy macam mana sekalipun..rindu adik2 kak ana Lilynn dan Liza..all the best dengan online business adik2ku..
Deletesedapnya ana...mak akak selalu makan bunga betik dan pucuk betik buat kerabu macam ni. Dulu akak kurang minat sebab rasanya yang pahit tapi bila makin dewasa ni, akak makin suka makan pucuk betik ni. Jadi pembuka selera bila makan dengan nasi.
ReplyDeleteitulah..anapun dulu2 memang tak makan pahit2 ni tapi bila dah meningkat usia ni yang sebeginilah membuka selera..hehe
Delete