Bunga Melur

Bunga Melur

Orang Melayu memanggilnya bunga Melur manakala dalam bahasa Inggeris di gelar Jasmine dan di Indonesia di panggil bunga Melati.Kuntuman yang putih bersih diselangi kelopak-kelopak halus dan yang paling indah harumannya yang mewangi.Dijadikan bunga kebangsaan bagi negara Filipina.Ana pernah berkongsi tentang bunga-bunga yang harum mewangi di SINI suatu ketika dahulu di awal-awal penglibatan ana dalam dunia blog.

Teringat bait-bait lagu Tan Sri P.Ramlee yang memuja keindahan bunga Melur

P. Ramlee

Bunga Melur

Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai

Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu

Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa

Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja

 
Pokok Bunga Melur


Begitulah sederhananya bunga Melur di gambarkan dalam lirik lagu P.Ramlee..namun ada kisah disebalik pokok bunga Melur yang ana tanam di belakang rumah ini.Disinilah ana semadikan Jingga di dasarnya,setelah genap dua minggu, ana tanamkan sepohon bunga Melur yang kini telah mekar berbunga selepas dua bulan.Simboliknya pokok Melur ini sebagai tanda kasih sayang ana pada Jingga...Begitulah kebesaranNya yang menciptakan pelbagai haiwan dan tumbuhan yang masing-masing ada hak untuk hidup dibumiNya yang maha luas ini.Janganlah kita hanya memikirkan bahawa hanya manusia sahaja yang berhak ke atas mukabumi Allah swt.Semua ini milik Allah dan kepadaNya jua kita akan kembali..


~berkongsi kisah disini~

12 Comments

  1. Itu yg jadinya anajingga yeh...baru tau...

    ReplyDelete
  2. saya suka bau bunga melur ni...... wangiiiii

    ReplyDelete
  3. suka gak dengan lagu bunga Melur ni..sllu juga menyanyi masa zaman2 sekolah dulu,...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu klasik kan..sedap juga didengar kembali...

      Delete
  4. Assalamualaikum kak ana, suka dengar lagu p ramlee ni.. sweet je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila, lagu lama ni dengar semula sesekali memang sedapkan..

      Delete
  5. mesti wangi je kwsn ada bunga melur ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokoknya masih kecil suki tapi wangilah juga belakang rumah ana ni..hehe

      Delete
  6. bile tgok pokok bunga ni tringat kat arwah mak...memang arwah suke sgt dgn bunga ni sbb wangi...sjak arwah mak pergi 6.3.2003 Bee sntiasa letak bunga ni dlm bilik tido atau gi mane2 msti letak dlm poket nak aroma wangi & kegemaran arwah mak sntiase dkt dgn Bee...Thanks kak ana sbb share info pasal bunga melur ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Bee, memang betul, bunga melor ini halus sangat aromanya dan sangat sinonim dengan masyarakat desa dan orang2 dulu :)

      Delete