Bunga Melur

Bunga Melur

Orang Melayu memanggilnya bunga Melur manakala dalam bahasa Inggeris di gelar Jasmine dan di Indonesia di panggil bunga Melati.Kuntuman yang putih bersih diselangi kelopak-kelopak halus dan yang paling indah harumannya yang mewangi.Dijadikan bunga kebangsaan bagi negara Filipina.Ana pernah berkongsi tentang bunga-bunga yang harum mewangi di SINI suatu ketika dahulu di awal-awal penglibatan ana dalam dunia blog.

Teringat bait-bait lagu Tan Sri P.Ramlee yang memuja keindahan bunga Melur

P. Ramlee

Bunga Melur

Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai

Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu

Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa

Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja

 
Pokok Bunga Melur


Begitulah sederhananya bunga Melur di gambarkan dalam lirik lagu P.Ramlee..namun ada kisah disebalik pokok bunga Melur yang ana tanam di belakang rumah ini.Disinilah ana semadikan Jingga di dasarnya,setelah genap dua minggu, ana tanamkan sepohon bunga Melur yang kini telah mekar berbunga selepas dua bulan.Simboliknya pokok Melur ini sebagai tanda kasih sayang ana pada Jingga...Begitulah kebesaranNya yang menciptakan pelbagai haiwan dan tumbuhan yang masing-masing ada hak untuk hidup dibumiNya yang maha luas ini.Janganlah kita hanya memikirkan bahawa hanya manusia sahaja yang berhak ke atas mukabumi Allah swt.Semua ini milik Allah dan kepadaNya jua kita akan kembali..


~berkongsi kisah disini~