Dobi Layan Diri - Laundry Bar
Dobi layan diri - Laundry Bar,Ukay Perdana
Laundry Bar - Dobi layan diri 24 jam |
Macam-macam perkara yang telah dimudahkan oleh teknologi masa kini termasuklah perkhidmatan dobi layan diri atau 'self servis laundry'. Kemudahan ini boleh dilakukan bila-bila masa sahaja kerana ianya 24 jam sehari.Bagi mereka yang kesuntukan masa untuk mencuci pakaian bolehlah menggunakan perkhidmatan ini selepas waktu bekerja atau habis kelas bagi pelajar.Cuma sediakan sahaja 'pengkerasnya' semua kerja mencuci beres.
Harga bagi perkhidmatan mencuci dan mengering |
Perkhidmatan dobi layan diri Laundry Bar ini terletak di Spring Ville,Ukay Perdana.Ana pernah tinggal di kawasan perumahan ini sebelum berpindah.Adik sepupu ana, Effa yang masih tinggal disini yang menceritakan kemudahan perkhidmatan ini kepada ana.Memang menarik dan teringat pula tentang kisah kelakar Mr Bean di kedai dobi suatu ketika dahulu.
Di atas adalah kadar bayaran yang dikenakan dan mesin ini menggunakan wang syiling 50 sen.Tidak perlu risau kerana turut disediakan mesin penukar wang syiling disini untuk memudahkan urusan.
Serbuk pencuci ,pelembut dan pewangi yang diberi percuma |
Untuk menggunakan perkhidmatan dobi layan diri ini,kita terlebih dahulu menimbang berat kain yang hendak di cuci, kemudian memilih mesin basuh yang bersesuaian.Selesai proses mencuci keluarkan dari mesin basuh dan masukkan syiling ke mesin pengering dengan kadar bayaran yang diperlukan.Akhirnya bolehlah membawa pulang kain yang telah siap dicuci dan kering.Proses ini mengambil masa tidak sampai satu jam.Mudahkan..
Cara-cara penggunaan mesin |
Deretan mesin basuh dan mesin pengering |
Terima kasih buat Effa yang memberikan foto dan info tentang perkhidmatan dobi layan diri ini yang terletak di Ukay Perdana.Berkongsi info disini.
8 Comments
seronok kan dah ada kemudahan mcm nie kak..
ReplyDeleteAsha kalau yang tinggal di apartment tu bujang pulak tu pasti lebih menyenangkan..
Deletememng bgus dan memudahkan tambah2 skrg musim x de air sis
ReplyDeletemudahkan...tapi kak ana jarang ke dobi..dobi sendiri je mungkin sesuai utk mereka yg kesuntukan masa... :)
Deletemacam best kan laundry macam ni...ada jugak yg ada cafe sebelah dia :)
ReplyDeletebetul tu linda, kalau dah terdesak gi je sini cuci kain malam2 hehe
DeleteSesiap minat menjadi "franchaisee-kiosk" partner..harap email sy zuraimi81@rocketmail.com
Deleteaik!! iklan percuma ni zuraimi hehe :)
Delete