Foto: Google Image

Dilema anak lepasan SPM

Seminggu yang lepas anak sulung ana, Myra, berjaya mendapat tawaran ke pra-U atau dahulu kami panggil tingkatan enam.Seronok sangat dia seminggu di minggu orentasi pelajar.Dua hari lepas,keluar keputusan UPU, melompat gembira sekali lagi bila ditawarkan ke Pengajian Diploma Sains di UiTM.

Sekarang ni dia dalam dilema untuk membuat keputusan, kedua-dua cabang ilmu ini ada pro dan contra nya.Biasalah apa jua pilihan yang ada pasti ada baik dan buruknya.Ana banyak bertanya kepada mereka yang lebih  berpengalaman dalam bidang ilmu serta anak-anak buah yang telah menjejak kaki ke menara gading.90% dari kalangan saudara mara dan rakan taulan menyarankan untuk Myra mengambil diploma di UiTM.Pelbagai pandangan dan ulasan mereka berikan.Terima kasih sangat-sangat di atas keperihatinan kalian semua.

Menurut mereka, STPM merupakan pilhan kedua selepas matrikulasi untuk mengambil pengajian peringkat ijazah.Namun ianya berisiko jika tidak mendapat markah yang cemerlang.Daripada penerangan guru-guru pra-U disekolahnya,banyak penambahbaikan telah dilakukan untuk peringkat STPM kali ini.Diploma pula mengambil masa 3 tahun tetapi telahpun menempatkan anak-anak di IPTA.

Ana serahkan pada Myra untuk membuat keputusannya sendiri.Dia yang akan menuntut ilmu, malah dia yang bakal  mencorakkan masa hadapannya sendiri.Apa juga keputusannya sentiasa ana sokong dan iringi dengan doa setiap ketika.Disamping itu, sebagai hambaNya,lakukan solat Istikharah semoga mendapat petunjuk dari Allah Yang Maha Mengetahui.

Ana banyak membaca dari perkongsian blogger-blogger dan laman-laman web yang berkongsi baik-buruk membuat pilihan selepas SPM.Pelbagai pendapat dan pengalaman yang diceritakan serba sedikit dapat memberi gambaran dalam membuat pilihan.Sekiranya rakan-rakan blogger mempunyai pandangan dan pendapat bolehlah kongsikan dengan ana disini..Terima kasih sangat-sangat ..


Google Image