Medical check-up untuk ke IPTA

Banyak urusan yang perlu di uruskan sebelum anak-anak kita mendaftar ke IPTA.Mengisi dan melengkapkan dokumen-dokumen penting,mendapatkan pengesahan untuk salinan-salinan dokumen,persedian barang-barang keperluan peribadi anak-anak dan melakukan pemeriksaan kesihatan atau 'medical check-up'.

Menurut jiran ana, seorang jururawat di hospital kerajaan di sini, pemeriksaan kesihatan atau 'medical check-up' tidak boleh dilakukan di Hospital Selayang atau Hospital Sungai Buluh yang terhampir dengan lokasi rumah ana.Ia hanya boleh dilakukan di HKL dan klinik-klinik kesihatan berhampiran.Cuma keputusannya akan mengambil masa selewat-lewatnya dua minggu.

Memandangkan kesuntukan masa yang berbaki dua minggu ini, ana cuba bertanya Poliklinik swasta di kawasan Rawang dan hampir kesemua mengenakan caj melebihi RM150 ke atas.Agak mahal juga kerana banyak lagi keperluan lain yang perlu disediakan.Penyelesaian yang ana perolehi selepas meng'Google' ialah di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.Banyak perkongsian dari blogger-blogger yang menceritakan pengalaman melakukan 'medical-up' di sini dengan caj antara RM66-RM88 dan mendapat keputusan pada hari yang sama.

'Medical check-up' di Pusrawi,Kuala Lumpur.


Hospital PUSRAWI,KL (foto:pusrawi.com.my)

Hospital PUSRAWI, Kuala Lumpur terletak di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Institut Jantung Negara berhampiran Perpustakaan Negara.Perkhidmatan 'medical check-up' disini lengkap dan mengambil masa hanya dua jam untuk menyiapkannya termasuk ujian air kencing dan salinan X-Ray dan yang lebih utama caj yang dikenakan hanya sebanyak RM66 sahaja.Tidak perlu membuat temujanji sebelum datang ke sini dan waktu perkhidmatannya dari jam 8:30 pagi hingga 3:00 petang.Datanglah awal pagi untuk memudahkan urusan.Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi no telefon : 03-2687 5000 


Ruang lobi Hospital Pusrawi,Kuala Lumpur

Alhamdulillah selesai satu urusan persiapan  untuk anak ana sebelum melangkah masuk ke IPTA pada awal bulan Jun nanti.Semoga dipermudahkan segala urusannya dengan lancar.Dan perkongsian ana disini semoga dapat memberikan sedikit info kepada orang lain yang menghadapi situasi yang sama seperti ana sebelum ini.


~berkongsi info disini~