Pulut Mangga

 

Pulut Mangga


Sebelum ini ana pernah kongsi kisah pulut durian di SINI . Hari ini pulut juga tetapi dimakan dengan mangga.Maklumlah sekarang ni musim mangga,kalau di pasar malam boleh dapat 3 kilo RM10.Tapi kena pandai pilih,takut yang dah terlalu  masak dah kurang enak.

Cara menyediakan pulut mangga sama sahaja dengan pulut durian.Kukus atau tanak pulut yang telah direndam.Santannya boleh dididihkan atau blend sahaja dengan air masak suam dan campurkan dengan secubit garam dan sedikit gula.Hiris mangga untuk dimakan bersama.Sedap di makan sejuk.


~berkongsi selera disini~