Istana Kenangan-Muzium Diraja Perak


Istana Kenangan Kuala Kangsar,Perak

Terjumpa foto lama Istana Kenangan di Kuala Kangsar yang pernah beberapa kali ana lawati sebelum menceburkan diri dalam dunia blog.Mendapatkan maklumat rasmi dan beberapa laman web sebagai rujukan ana kongsikan disini beberapa info menarik tentang Istana Kenangan atau sekarang dipanggil Muzium Diraja Perak.

Istana Kenangan ini juga digelar Istana Lembah atau Istana Tepas.Seni bina istana adalah daripada kayu keras dan berdinding anyaman tepas dan difahamkan tiada sebatang paku besipun digunakan semasa proses pembinaannya.Ia menggunakan pahat dan selak untuk menyambung bahagian-bahagian ruang istana.

Tukang yang membina Istana Kenangan ini ialah Haji Sufian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai.Ia siap dibina sepenuhnya pada tahun 1931.Istana Kenangan ini pernah bersemayamnya Sultan Perak ke 30 iaitu Sultan Iskandar Shah pada tahun 1931-1933.Ini kerana pada ketika itu proses pembinaan Istana Iskandariah yang terletak berhampiran Istana Kenangan ini sedang berjalan.

Pada 16hb November 1986, selepas dibaik pulih semula Istana Kenangan telah dijadikan secara rasmi sebagai Muzium Diraja Perak hingga ke hari ini.

Jika dilihat dari pandangan atas bumbung Istana Kenangan ini, ia menyerupai bentuk sebilah pedang yang tersarung.Reka bentuknya sangat unik dan bercirikan senibina istana tradisional Melayu.


Ruang dan pandangan atas Istana Kenangan (Google Image)


Rujukan: www.mpkkpk.gov.my dan portal rasmi arkib negara Malaysia