Hiasan rumah 'fireplace shabby chic' 

 

Shabby Chic Fireplace - Hiasan ala Inggeris
Fireplace atau pendiang api ini hanya digunakan di rumah-rumah di negara beriklim sejuk ketika tiba musim salji.Namun di tanahair kita, penggemar atau pemilik rumah dengan gaya hiasan Inggeris menjadikannya sebagai satu perabot hiasan yang tak kurang cantiknya tetapi harus sesuai dengan konsep hiasan dalaman sesebuah kediaman.

Singgah beraya di Manjung, ke rumah adik ana, terpegun dengan koleksi perabot baru adik ipar, Julia yang memang menatarias kediamannya dengan tema Inggeris berkonsep 'Shabby chic' katanya.Boleh klik di SINI untuk melihat keseluruhan hiasan dalaman bertema Inggeris rumahnya.


Cottage Fireplace (Hiasan Inggeris)

Pada pendapat ana, menghias ruang tamu rumah dengan meletakkan 'fireplace' atau pendiang api ini boleh memberi impak ala Inggeris yang lebih romantik seperti berada di sebuah 'cottage' .Ia boleh menggantikan sebuah meja konsul dan di letakkan disuatu sudut rumah.Idea yang sangat menarik dan sesuai dengan minat dan kecenderungan Julia didalam menghias kediamannya.

Sesuai dengan kata-kata rumahku syurgaku, hiaslah rumah yang merupakan syurga buat kita sekeluarga mengikut minat dan kemahuan masing-masing kerana rumahlah tempat untuk kita beristirehat, asalkan tidak menyalahi hukum-hukum syarak.Kediaman yang indah dan bersih dapat melahirkan hubungan kasih sayang dan keharmonian didalam sebuah keluarga.Insyaa Allah...

Nak Hias Rumah? Klik Sini!

~berkongsi idea disini~



30 Comments

  1. rumah takde anak kecik bolehla kot..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak buah kak ana dah besar Sal.. tapi dari anaknya kecil pun tak usik barang2 hiasan ibunya..:)

      Delete
  2. Replies
    1. cantik ke tak cantik Mimi..hehe

      Delete
    2. hahaha...typo plak...sy nk ckp.memg cantikk

      Delete
    3. haha..tulah akak agak dah..tq dear..:)

      Delete
  3. dapat kat anak saya ni diorang main sorok2 dalam tu... huhu

    ReplyDelete
  4. rumah mama kecik kak, letak benda ni sempit ler ruang rumah, hias seadanya agar tak nampak serabut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah adik kak ana ni pun tak besar mama, teres setingkat je, di letak kan diruang menuju ke dapurnya...

      Delete
  5. Cantik. Tuannya mesti orang yang betul2 suka menghias rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang minat dengan seni hiasan ala Inggeris adik ipar ana ni kak mala..:)

      Delete
  6. Jarang ada fireplace dekat tanahair kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang 'rare' kena sesuai dengan konsep hiasan..TK..

      Delete
  7. CN mmg suka gaya ala inggeris ni, tapi tunggu anak besar la, kalau tak habis dibaling segala bagai perhiasan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah CN, kalau ada anak2 kecil ni payah juga nak berhias,bimbang ada yg tercedera pula jika pecah dan sebagainya.

      Delete
  8. rumah yang bersih dan cantik, akan menenangkan jiwa, kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Zila, bukan saiz rumah yg jadi ukuran,bersih,kemas dan selesa pasti mengundang ketenteraman jiwa..:)

      Delete
  9. Replies
    1. Haha CP, kak ana cantik ke deko tu yang cantik hehe

      Delete
  10. cantik dan menariklah Ana. akak pun minat english deco ni..
    rumah yg cantik dan kemas menenangkan penghuninya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakyon, tak kira apa jenis rumah kita sekalipun yang penting bersih dan kemas...memberi ketenangan jiwa penghuninya.. :)

      Delete
  11. Cantik..jrg rumah kt msia ada deko mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena dengan temanya memang cantikkan Sha

      Delete
  12. salam kak ana..nak tanya mane ye bole dpt fireplace macam tu?dah lama da sy cari nak bli..kalau kak ana bole kongsikan kedai yg adik kak ana bli

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam siti, ni deco rumah adik ipar kak ana,bukan rumah kak ana, siti..jika terbaca balik komen ni ct email kak ana di anajingga72@gmail.com, kak ana bagi no whatsapp adik ipar dan siti boleh tanyanya sendiri ye.:)

      Delete