Hiasan rumah 'fireplace shabby chic' 

 

Shabby Chic Fireplace - Hiasan ala Inggeris
Fireplace atau pendiang api ini hanya digunakan di rumah-rumah di negara beriklim sejuk ketika tiba musim salji.Namun di tanahair kita, penggemar atau pemilik rumah dengan gaya hiasan Inggeris menjadikannya sebagai satu perabot hiasan yang tak kurang cantiknya tetapi harus sesuai dengan konsep hiasan dalaman sesebuah kediaman.

Singgah beraya di Manjung, ke rumah adik ana, terpegun dengan koleksi perabot baru adik ipar, Julia yang memang menatarias kediamannya dengan tema Inggeris berkonsep 'Shabby chic' katanya.Boleh klik di SINI untuk melihat keseluruhan hiasan dalaman bertema Inggeris rumahnya.


Cottage Fireplace (Hiasan Inggeris)

Pada pendapat ana, menghias ruang tamu rumah dengan meletakkan 'fireplace' atau pendiang api ini boleh memberi impak ala Inggeris yang lebih romantik seperti berada di sebuah 'cottage' .Ia boleh menggantikan sebuah meja konsul dan di letakkan disuatu sudut rumah.Idea yang sangat menarik dan sesuai dengan minat dan kecenderungan Julia didalam menghias kediamannya.

Sesuai dengan kata-kata rumahku syurgaku, hiaslah rumah yang merupakan syurga buat kita sekeluarga mengikut minat dan kemahuan masing-masing kerana rumahlah tempat untuk kita beristirehat, asalkan tidak menyalahi hukum-hukum syarak.Kediaman yang indah dan bersih dapat melahirkan hubungan kasih sayang dan keharmonian didalam sebuah keluarga.Insyaa Allah...

Nak Hias Rumah? Klik Sini!

~berkongsi idea disini~