Drama siri Teduhan Kasih

Siaran ulangan siri Teduhan Kasih di TV9:

Tentu ramai yang masih ingat dengan drama siri Teduhan Kasih yang disiarkan di slot Akasia TV3 tidak lama dahulu.Kini bagi yang merindui watak romantis papa Ehsan lakonan Adi Putra boleh menontonnya semula di TV9 dua episod berturut-turut mulai 11 & 12 Oktober lalu setiap Sabtu dan Ahad jam 12:30 tengahari.

Selain watak papa Ehsan dan Iffa (Sherry Ibrahim), paling menonjol dan menarik watak jahat lakonan Nabila Huda sebagai Ayu dan juga Zarina Zainuddin dan Ku Faridah yang sukar dilupakan.Memang 'best' sangat mereka ni jadi jahat.

Oleh itu mari kita tonton kembali drama siri hebat ini, jika ada masa terluang di hujung minggu.

Drama dari adaptasi novel nukilan Marissa, Karya Seni

 

Sinopsis Teduhan kasih :

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.












kredit foto: Google Image 

~selamat menonton~

10 Comments

  1. Dalam drama ni baru nama dan lakonan Sherry menonjol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kak mala, sebelum ni tak berapa berat sangat watak2 lakonan Sherry ni :)

      Delete
  2. kak ana, mieja tak sempat nak tgk tv uhukkkkk uhukkkkkk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mieja, tengok kat tonton je bila free time hehe

      Delete
  3. tak tengok tapi rasanya ini antara pemula fenomena adaptasi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kuranglah monalita, lepas tu kebanyakan drama dari adaptasi novel.. :)

      Delete
  4. bestt.. hihi.. bab2 novel cinta anis nombor satu..hahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yang ni tak ada Fahrin ye anizz, ada adp je..jangan marah huhu :)

      Delete
  5. macam nak kena try tengok ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda, kadang-kadang time hujung minggu ni jarang dapat menonoton tv, lebih banyak berada di luar pulak..hehe :)

      Delete