Bandar Kuala Pilah:

Bandar Kuala Pilah
Hampir lima bulan kami berulang alik dari Rawang ke Kuala Pilah, mula-mula boleh di katakan selang seminggu ke sana, selepas kak long pandai berdikari dan balik dengan KTM Komuter, setiap kali pulang sahaja kami menghantarnya ke Kuala Pilah.Namun akhir semesta satu yang lalu 16hb Oktober, Kuala Pilah akan kami kenang sebagai satu tempat yang pernah singgah didalam catatan perjalanan hidup kami.Kuala Pilah tidak lagi akan kami kunjungi kerana kak long bakal berpindah ke kampus Tapah untuk semesta seterusnya.

Bandar  Kuala Pilah adalah merupakan salah satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Jelebu, Johol, Tampin, Rembau, Port Dikson dan Seremban. Kedudukan Kuala Pilah adalah terletak dibahagian tengah Negeri Sembilan iaitu diantara Bahau dan Seremban.

Kuala Pilah terkenal sebagai pusat pelancongan kebudayaan dengan seni warisan Adat Perpatih dan merupakan "Bandar Diraja di Negeri Sembilan". Penduduknya masih berpegang pada adat perpatih terutamanya dalam hal-hal kemasyarakatan dan keseniannya dan ianya masih dikekalkan terkenal sehingga ke hari ini.

Tempat-tempat menarik di Kuala Pilah:

Disepanjang jalan dari Ampangan ke Kuala Pilah melalui kampung-kampung Melayu terdapat deretan gerai menjual pelbagai hasil tanaman seperti pisang, jeruk petai, buah-buahan ,kraf tangan dan yang paling sinonim disini ialah ayam, itik atau ikan keli salai. Jika musim buah-buahan bermacam jenis buah di jual , ana pernah singgah membeli buah tampoi, buah limau bali, petai , pisang tanduk dan sebagainya.

Uitm kampus Beting :

UiTM Kampus Beting,Kuala Pilah

Ke sinilah destinasi tetap kami setiap kali ke Kuala Pilah, menghantar atau mengambil kak long dari kampus setiap kali cuti hujung minggu.Entri penuh tentang kampus ini boleh di baca di SINI . Kisah pengalaman pertama ana menghantar anak melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Muzium Diraja Seri Menanti:

 

Istana Seri Menanti, Muzium Diraja Kuala Pilah

Sebelum sampai ke bandar Kuala Pilah ,kita akan terlebih dahulu melalui bandar diraja Seri Menanti.Disini terdapat sebuah istana lama yang di jadikan sebuah muzium Diraja Seri Menanti.Kaya dengan ciri senibina Minangkabau tersergam indah memukau pandangan. Didalamnya di hias ruang-ruang asal istana lengkap dengan meja makan , bilik tidur dan lain-lain kelengkapan istana. Entri lengkap bolehlah ke SINI

Makam DiRaja Seri Menanti :

 

Makam Diraja Seri Menanti


Bersebelahan Makam Diraja ialah masjid Tunku Munawir di bandar diraja Seri Menanti.Disekitar bandar diraja ini terdapat banyak rumah-rumah tradisional bercirikan Minangkabau dengan pintu-pintu gerbang yang indah.

Istana Besar Seri Menanti:

 

Istana Besar Seri Menanti (Imej Google)
Di bandar diraja Seri Menanti ini juga terletaknya Istana Besar , tempat bersemayamnya Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.Semua acara rasmi seperti majlis pertabalan diraja dan majlis anugerah diadakan di Istana Besar Seri Menanti. Pada 26 Oktober 2009, pertabalan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilam  ke-11 Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir diadakan di istana ini.

  Hutan Lipur Ulu Bendul:


Hutan Lipur Ulu Bendul (Imej Google)

Dipertengahan jalan selepas Bukit Putus menghala ke bandar Kuala Pilah, kita akan sampai ke Hutan Lipur Ulu Bendul di Tanjung Ipoh. Sebuah taman rekreasi yang sangat terkenal di Negeri Sembilan.Disini juga terdapat sebuah taman ular. Kolam mandi turut disediakan bagi mereka yang tidak mahu mandi air sungainya yang sejuk dan nyaman. Ana cuma singgah riadah disini dan tidak pernah bermandi manda.


Sungai Ulu Bendul (Imej Google)

Sesuatu yang agak istimewa di Kuala Pilah ini ialah masakan lemak cili api. Pelbagai pilihan masak lemak cili api yang dijual di kebanyakan premis makanan seperti masak lemak cili api daging salai, ayam kampung, ikan keli salai dan masak lemak cili api telur itik. Namun jika tidak tahan dengan tahap kepedasannya siap sedialah dengan air sirap kerana iannya memang sangat pedas.

Itulah antara coretan perjalanan ana dan keluarga sepanjang kami mengunjungi bandar Kuala Pilah.Terima kasih Kuala Pilah kerana telah sempat menjadi sebahagian daripada persinggahan kami menyusuri perjalanan kehidupan.

~berkongsi info disini~

28 Comments

  1. up nogori yer....sy org nisbilan...hee...satu lagi tah2 kak long satu batch ngan adik sepupu sy....dgr citer dier pun akan ke tapah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gadis Jelobu ke Ayoi Kema, hehe..kak long buat dip sains, agaknya lah sama batch hehe :)

      Delete
  2. saya pun suka kuala pilah..ulu bendol memang cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada kak ana Sal, sebuah bandar yang unik dan mendamaikan, budaya yang menarik dengan senibina yang cantik2 rumah2nya,dialek pun seronok je dengar... hehe

      Delete
  3. saya belum penah sampai lagi kuala pilah..huhu

    ReplyDelete
  4. Kak Na dah ada anak Dara rupanya....maknya muda@ awet muda lagi:):)

    N9 ni jauh2 kan daerahnya...itik salai femes jugak Kat sana😃😃😃😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mieja, besar2 dah anak2 kak ana, follow IG kak ana boleh kenal lebih rapat lagi, kat blog kak ana tak letak foto hehe :)

      Delete
  5. wahh cito nogori yo..hihi.. jauh dah kak long pegi ye.. tp dalam negeri perak kan.. kampung kak ana jugak kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ke jelobak ke jelobu cik Anizz, haah dekat lah kampung kak ana bila ke Tapah nanti, pakat balik kampung yolah ye..hehe :)

      Delete
  6. As-Salam. Saya datang membalas kunjungan Anajingga. Blog Anajingga yang menarik. Bercerita fasal Kuala Pilah, saya pernah pergi ke Kuala Pilah mengikuti program anjuran pelajar-pelajar UKM pada tahun 1998. Kami melalui jalan Bukit Putus - jalan yang cukup terkenal jika pergi ke Kuala Pilah. Jika saya hendak melihat panorama lama jalan Bukit Putus, saya akan menonton VCD filem bertajuk Tunang Pak Dukun (1960) lakonan Abdullah Chik, Roseyatimah dan Mahmud Jun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah filem lama tu Cik Misstree, sekarang ke Kuala Pilah tak perlu lagi melalui jalan Bukit Putus, Terus sahaja dari Lekas Hiway melalui Ampangan dan sampai ke Ulu Bendul terus ke Kuala Pilah.. :)

      Delete
  7. Assalam Ana.. sebelum arwah suami meninggal rajin dia balik sana.. lepas ni entahla.. anak2 semua sibuk.. setahun sekali la ke KP .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah suka suka, keadaan dah berubah, semoga segalanya di permudahkan buat SS sekeluarga.. :)

      Delete
  8. Replies
    1. Insyaa Allah kalau ada rezeki CN sampai lah nanti agaknya :)

      Delete
  9. KY tak pernah lagi ke Ulu Bendul..dengar cerita dari kawan2 katanya seronok juga tempat tu. dulu2 lalu kat bukit putus tu seram..sekarang ni dah elok jalanya kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah ana singgah mandi manda di Ulu Bendul ni KY, sekadar singgah seketika sahaja atau berhenti makan di foodcourtnya, Bukit Putus tu memang macam2 kisah ana dengar cuma sekarang tidak perlu melaluinya untuk ke Kuala Pilah setelah adanya jalan pintas baru melalui Ampangan ke Kuala Pilah. :)

      Delete
  10. Walaupun saya duk Seremban tak semua tempat yang Kak Ana cerita ni saya dah pernah pergi huhuuuhuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A, kadang2 yang dekat tu lagi tak sampai kan hehe

      Delete
  11. Replies
    1. Jalan-jalan bersebab Fuza, dah alang2 ke Kuala Pilah kita pulun habih tempat2 yang menarik kat sini :)

      Delete
  12. Salam Ana, wah! baru balik dari Kuala Pilah ke? Ana dah pegi ke semua tempat tu? hurm.. Husband Me org Gemas , so Gemas pekan2 kecil je... kalo jalan2 pun... tak penat, heeee~ cuci mata tapi ari tu balik, tak jumpe lak org jual pucuk maman, heeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil anak kak ana habis sem satu hari tu eMMe, erm dekatlah kan Gemas dengan Pilah ni, kak ana ada sampai ke Bahau juga hari tu... erm tak jumpa pulak jeruk maman tu kat Pilah.. :)

      Delete
  13. Asalam, baru ada kesempatan jenguk blog lawa ini..menarik ya di Pilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Etuza Etuza , sudi singgah sini :)

      Delete