Lebuhraya Latar ke Bandar Country Homes,Rawang.


Lebuhraya Latar ke Bandar Country Homes

Untuk ke Bandar Country Homes, Rawang ketika waktu puncak, musim perayaan atau hujan lebat memang sinonim dengan kesesakan trafik, khasnya di sekitar kilang La Farge tu.Laluan yang dari tiga dan dua lorong menjadi sehala di celah bukit memang tak pernah tidak mengalami kesesakan yang teruk sehingga ke hadapan NSK Rawang.Cuma kini lebih selesa selepas persimpangan Kota Emerald apabila jalan dua lorong dan jejantas di hadapan NSK telah siap digunakan sepenuhnya.

Sekiranya kita datang dari Lebuhraya PLUS menuju ke Bandar Country Homes,Rawang ataupun dari Selayang melalui Templer menuju ke Bandar Country Homes, kini bolehlah masuk ke Lebuhraya Latar dan keluar di tol Kundang Barat.

Plaza tol Kundang Barat

Sehingga entri ini diterbitkan tiada lagi kutipan tol dikena kan ketika keluar melalui Kundang.Dari sini ,kita dapat mengelakkan kesesakan di Bandar Rawang sehingga ke jejantas menuju ke Bandar Country Homes dan Aeon Anggun kerana kita akan datang dari arah belakang iaitu dari Kundang.



Walaupun jarak perjalanannya agak jauh dari biasa, sekurang-kurangnya kita ada jalan alternatif untuk sampai ke Bandar Country Homes.Malah ketika musim banjir dan hujan seperti sekarang, sering kali juga terjadinya banjir kilat dan dengan adanya laluan ini dapat memudahkan perjalanan kita, In Shaa Allah.


~berkongsi info disini~

9 Comments

  1. raa macam pernah lalu ni..masuk ke kuang sana..tp masuk kat tempat yang patutnya untuk kereta keluar. nasib baik pendek je jalan tu seriau jugak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Siti, jalan yang Cik Siti maksudkan itu sebelum tol Kundang ni dibuka, ramai pengguna menggunakan laluan tersebut secara tidak sah,sekarang bila telah ada nya tol Kundang kenderaan keluar dan masuk mengikut laluan yang ditetapkan.tq singgah ke sini :)

      Delete
  2. jalan alternatif sebagai pilhan ke dua Diana sekiranya jalan yang sering kali kita gunakan bermasalah kan.. :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas informasinya... mudah2an berguna untuk penduduk Lembah Kelang

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan Najib dapat memberi manfaat kepada orang lain :)

      Delete
  4. Ky jarang lalu laluan situ..baru tahu dah takde tol kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dah KY, mulai 1 Jan dah mula kutipan ,ana tak pasti lagi berapa bayarannya :)

      Delete
  5. Kena tahu jalan alternative, kalau tak memang tersangkut dalam banjir la jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mama, disinipun kalau hujan lebat seringkali berlaku banjir kilat.. :)

      Delete