Mainan Barbie Doll
 |
Patung Barbie Doll |
Tengahari semalam ana lihat Adik Ika sibuk mengeluarkan kotak bekas mainannya dari bawah katil.Memandangkan cuti persekolahan masih berjalan dan dia keseorangan dirumah, ana fikir Adik Ika ingin bermain semula dengan anak-anak patung Barbie.Rupa-rupanya dia sekadar ingin membersihkan dan mengemas koleksi mainan Barbie yang dah lama tidak disentuh.
Kebanyakkan patung mainan Barbie ni, ana belikan dari usia kanak-kanak dan paling akhirpun ketika dia di dalam darjah 3 atau 4.Selepas itu, Adik dan Kak Long tidak lagi berminat bermain dengan anak-anak patung Barbie lagi.Selalunya, mereka dihadiahkan mainan ketika sambutan harijadi atau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
 |
Koleksi pakaian Barbie Doll |
Anak-anak ana ketika kecil dahulu memang ana belikan mainan seperti anak patung, masak-masak,dekorasi rumah dan sebagainya.Secara tidak langsung mendidik jiwa mereka dengan nilai-nilai kasih sayang seperti menjaga dan menyimpan barang-barang mainan mereka dengan baik.Kanak-kanak perempuan memang gemar bermain dengan menyikat rambut, menukar pakaian,masak-masak dan menyusun kelengkapan rumah.Setidak-tidaknya melatih sifat-sifat kelembutan atau feminin dalam diri mereka dan berfikir secara kreatif.
 |
Koleksi Aksesori Barbie Doll |
 |
Mainan barangan ruang tamu |
 |
Pinggan mangkuk kecil |
 |
Koleksi makanan mainan Barbie Doll |
 |
Dapur mainan Barbie Doll |
Walaupun anak-anak ana tidak lagi bermain dengan mainan anak-anak patung Barbie, namun ianya masih tersimpan dan dijaga dengan baik sehingga hari ini.Ana agak tegas dengan anak-anak ketika mereka kecil dengan mempastikan mereka akan menyimpan dan mengemas semula alat-alat permainan selepas selesai bermain.Dengan cara ini, dapat mendidik mereka menghargai dan menyayangi barang milik mereka sendiri dan sebagai ganjaran mereka akan dapat menambah koleksi mainan yang baru.
Kadang-kadang rindu juga dengan telatah anak-anak ketika mereka masih kecil.Teringat kadang-kadang mereka bercakap sendirian sambil memainkan watak-watak anak-anak patung Barbie.Apapun cara didikan terpulanglah mengikut cara masing-masing, kerana ana yakin dan pasti semua ibu bapa ingin yang terbaik buat anak-anak.Kasih sayang dan doa adalah pegangan kita dalam mendidik anak-anak agar menjadi insan yang cemerlang akhlak dan peribadi disamping berjaya di dunia dan akhirat.In Shaa Allah.
~berkongsi kisah mainan disini~
24 Comments
assalamualaikum ana...betul tu kekadang mainan anak2 perempuan ni memang byk masa mereka masih kecik dulu tapi bila dah besar mcm anak mama habis semua mainan mereka bagi pada sepupu dan saudara yang masih ada anak yg masih kecil....
ReplyDeletewaalaikumsalam mama,banyak juga yang dah diberi kepada sepupu dan anak buah yg masih kecil mama,yang ni antara yang mereka sayang dan masih simpan :)
DeleteBanyak koleksi anak patung barbie kepunyaan anak Ana. KY dulu pun belikan ank patung barbie untuk anak perempuan KY..tapi selepas ada yg mengatakan malaikat tak masuk dlm rumah, habis semua KY buangkan..huhu
ReplyDeleteSetuju dgn ana, anak perempuan digalakan main anak patung dan masak2vsupaya ada rasa feminin dlm diri..
pernah juga ana dengar tentang isu ni KY, anak patung ni semua semasa anak2 ana kecil dahulu,sekarang semuanya dah tersimpan dalam kotak .. :)
DeleteAnak acik lelaki ana.lain pulak mainan nya..aswk la nak beli lori..jentolak keretapi kapal terbang..he he..tapi tu umur setahun dua je..budak2 lelaki lebih suka bermain di padang ana
ReplyDeletehaha tentulah lain mainannya acik,macam anak buah ana banyak koleksi kereta dan mainan super hero je :)
DeleteSaya tak pernah ada patung Barbie ni.. dulu2 patung ni kira mainan yg paling mahal lah... so buat je patung dari kain batik hahahahah
ReplyDeleteMahallah juga Eny, sebab tu kak ana tak beli selalu macam setahun sekali untuk bday ataupun utk hadiah selepas exam dengan good result.. erm kak ana tahu anak patung kain batik tu hehe :)
DeleteHahhaa...Zaman kak dulu memang buat anak patung dari kain batik..( kak dah terlupa mcmana cara nak gulungnya..) Masa tu juga suka buat anak patung lukis sendiri dng kertas kulit buku tulis. Lepas tu guntinglah ikut badan. Sampai pandai lukis cantiklah anak patung dia. Buat baju mcm2 color dan patern. Lepas tu ada keluaran anak patung kertas yang boleh di beli di kedai.
ReplyDeleteSeingat ana kak Mala, gulung pasti tarik kan hehe , yang anak patung kertas tu sampai ke masa anak-anak ana disekolah rendah mereka pun merasa mainnya,bersepah rumah dengan kepingan baju-baju anak patung kertas ni :)
DeleteAssalamualaikum kak, elok juga tu didedahkan anak patung tu dengan anak- anak. Sekurang- kurangnya ianya boleh membantu anak- anak terutamanya dalam penggunaan bahasa dan cuba perkembangan sosio- emosi mereka. Pretend play plays a major role for young children. :)
ReplyDeletebtw, banyak anak- anak patung tu and baju semuanya lawa- lawa. Comel je.
Teringat balik zaman kanak- kanak dulu.
waalaikumsalam Bintang, betul tu kita ambil yang positif dari permainan kanak-kanak ni untuk perkembangan emosi mereka dari kecil.Tq so much singgah sini :)
Deletebyk nyer koleksi...comel2 pulak tu
ReplyDeletetq anies :) koleksi mainan semasa anak2 kecil dahulu ni :)
DeleteSUBHANALLAH
ReplyDeleteComey...
Aina pula tak suka main anak patung ni
ye ke Fuza, Aina minat mainan yang lain kut.. :)
Deletealahai..comel2 nya..saya tak pernah beli barbie doll..doll kedai 2 hengget je..
ReplyDeletedoll kedai 2 hengget pun ada gak Mar, mainan anak2 kak ana tu hehe :)
Deleterumah sy pun byk barbie doll ni. lebih 7 kot. tp pakaiannya banyak dah hilang. hee
ReplyDeleteaneez pun kumpul barbie doll juga ye, biasalah baju-baju kasut memang mudah hilang :)
Deletewahhh untungnyaa....pandai nya anak2 Ana jaga ya...
ReplyDeletetu lah Linda, memang ajarkan anak-anak jaga barang2 mainan dari kecil lagi supaya boleh simpan lama :)
Deletealahai.... comelnya.... geram akak tengok.... mana leh dapat beli semua tu? :)
ReplyDeletehehe di mana2 pasaraya pun boleh dibeli Khadijah Mohamed :)
Delete