Mainan Barbie Doll


Patung Barbie Doll

Tengahari semalam ana lihat Adik Ika sibuk mengeluarkan kotak bekas mainannya dari bawah katil.Memandangkan cuti persekolahan masih berjalan dan dia keseorangan dirumah, ana fikir Adik Ika ingin bermain semula dengan anak-anak patung Barbie.Rupa-rupanya dia sekadar ingin membersihkan dan mengemas koleksi mainan Barbie yang dah lama tidak disentuh.

Kebanyakkan patung mainan Barbie ni, ana belikan dari usia kanak-kanak dan paling akhirpun ketika dia di dalam darjah 3 atau 4.Selepas itu, Adik dan Kak Long tidak lagi berminat bermain dengan anak-anak patung Barbie lagi.Selalunya, mereka dihadiahkan mainan ketika sambutan harijadi atau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


Koleksi pakaian Barbie Doll

Anak-anak ana ketika kecil dahulu memang ana belikan mainan seperti anak patung, masak-masak,dekorasi rumah dan sebagainya.Secara tidak langsung mendidik jiwa mereka dengan nilai-nilai kasih sayang seperti menjaga dan menyimpan barang-barang mainan mereka dengan baik.Kanak-kanak perempuan memang gemar bermain dengan menyikat rambut, menukar pakaian,masak-masak dan menyusun kelengkapan rumah.Setidak-tidaknya melatih sifat-sifat kelembutan atau feminin dalam diri mereka dan berfikir secara kreatif.


Koleksi Aksesori Barbie Doll

Mainan barangan ruang tamu

Pinggan mangkuk kecil

Koleksi makanan mainan Barbie Doll

Dapur mainan Barbie Doll

Walaupun anak-anak ana tidak lagi bermain dengan mainan anak-anak patung Barbie, namun ianya masih tersimpan dan dijaga dengan baik sehingga hari ini.Ana agak tegas dengan anak-anak ketika mereka kecil dengan mempastikan mereka akan menyimpan dan mengemas semula alat-alat permainan selepas selesai bermain.Dengan cara ini, dapat mendidik mereka menghargai dan menyayangi barang milik mereka sendiri dan sebagai ganjaran mereka akan dapat menambah koleksi mainan yang baru.

Kadang-kadang rindu juga dengan telatah anak-anak ketika mereka masih kecil.Teringat kadang-kadang mereka bercakap sendirian sambil memainkan watak-watak anak-anak patung Barbie.Apapun cara didikan terpulanglah mengikut cara masing-masing, kerana ana yakin dan pasti semua ibu bapa ingin yang terbaik buat anak-anak.Kasih sayang dan doa adalah pegangan kita dalam mendidik anak-anak agar menjadi insan yang cemerlang akhlak dan peribadi disamping berjaya di dunia dan akhirat.In Shaa Allah.


~berkongsi kisah mainan disini~