Van Poslaju membunyikan hon di hadapan pagar rumah beberapa hari yang lepas, adik Ika bukan main suka lagi terus berlari keluar untuk menerima kiriman parcel yang di tunggu-tunggunya setelah memenangi 'Giveaway' di Instagram.Rupa-rupanya bukan adik Ika sahaja yang mendapat parcel, satu lagi parcel untuk ana.Aik?? Hairan juga, dari siapa agaknya..



Alhamdulillah , kiriman buah tangan dari adinda blogger Cik Pinz yang baru balik bercuti bersama keluarga tersayang ke Pulau Langkawi baru-baru ini.Inilah namanya rezeki yang tak terduga.Sebungkus coklat Daim menjadi kesukaan anak-anak dan yang paling terharu sekeping 'fridge magnet' Langkawi untuk menambah koleksi di petiais rumah ana.Terima kasih banyak-banyak buat Cik Pinz, dan Hanya Allah swt sahaja yang memberikan ganjaran pahala dan rezeki yang baik buat Cik Pinz .Amin.



Bagi blogger yang sering mengikuti kisah Cik Pinz di blog 'Cerita Orang Bujang (COB)' kini Cik Pinz telah melangkah kehadapan dengan berallih ke www.cikpinz.com . Banyak perkongsian yang baik boleh kita dapati di sana.Dan sekali lagi kak ana merakamkan ucapan terima kasih dan semoga ukhwah yang terjalin di alam maya ini akan terus berkekalan dan membawa kebaikan bersama, In Shaa Allah.


16 Comments

  1. assalamualaikum ana...wah bestnya dpt cenderahati...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, seronok mama, rezeki dari sahabat maya :)

      Delete
  2. Banyaknya collection souvenirs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah juga Mohd Shahril , sangat kak ana hargai bila pemberian dari adik-beradik,anak-anak buah dan rakan-rakan :)

      Delete
  3. banyak dah koleksi FM Ana. Daim paling best..bersuwet suwet sambil ngadap tv..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak juga KY, terharu bila dikalangan sahabat, adik2 dan anak2 buah yg selalu hadiahkan bila mereka melancung.. :)

      Delete
  4. Untung la..dapat coklat..meh 3 biji..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung, sedap hehe..nnt kak ana pos untuk Diana Rashid ye... :)

      Delete
  5. Terima kasih juga buat kak Ana yang selalu sokong CP..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Alhamdulillah, CP memang salah seorang rakan blogger yang baik macam Zila juga hehe :)

      Delete
  7. Tahniah ana..
    Bestnya dapat kawan blogger cam cikpinz ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mama, memang seronok kan kita menjalin ukhwah walau cuma dari alam maya ni,:)

      Delete