Bertukar Idea Masakan
Sambal Telur Rebus
![]() |
Sambal Telur Rebus |
Sebenarnya bukan nak kongsi resepi pun kat sini , setakad sambal telur rebus ni, anak-anak kita darjah enam pun boleh buat.Tapi ana nak kongsikan idea masakan untuk tengahari ni sahaja.Kadang-kadang kita sebagai suri rumah sepenuh masa ni memang mati akal juga memikirkan menu apa untuk di hidangkan buat santapan keluarga. Ana suka mengikuti Instagram mama MASZUL yang hari-hari rajin upload menu-menu harian dari dapurnya.Sekurang-kurangnya dapat memberi ilham untuk masak hari berikutnya.
Tengahari tadi , memang hampir lima belas minit duk menghadap petisejuk mencari idea apa yang hendak di masak.Akhirnya, ana rebuskan telur.Kemudian kupas kulit dan letakkan didalam mangkuk.Tumiskan bawang besar,bawang putih dan masukkan cili giling dan tambah sos tomato.Tambahkan perisa dan sedikit air untuk mengurangkan kepekatannya.Tuangkan ke atas rebusan telur yang telah dibelah dua tadi dan....terhasillah sambal telur mudah.
~berkongsi idea masakan hari ini ~
23 Comments
perrghh pekat kuah sambalnya, suka2..hihi
ReplyDeletejemput dtg blog sy =)
sambal telur je Saljiah Zafirah ... In Shaa Allah nanti kak ana singgah :)
Deletesimple tu yang sedap kak Ana..
ReplyDeletebetul juga CP kekadang yg simple2 tu laju je selera kan :)
Deletesimple dan mudah disediakan... sesuai untuk mereka yg bekerja sepenuh masa
ReplyDeleteerm bolehlah Najib kalau nak mencuba kan hehe :)
DeleteMasakan yang simple tapi sedap kan Kak Ana :)
ReplyDeletesimple memang simple Wana, sedap sangat tu taklah, tapi kalau dah lapar semua jadi sedapkan :)
Deleteyg simple tu lagi sedap Ana. KY selalu juga buat bila nak cepat..dan malas nak siang ikan/ayam masa tu..
ReplyDeletesetuju sangat dengan KY, kalau dah buntu dan nak cepat malas nak siang menyiang telurlah jawabnya hehe :)
Deleteadehhh kecur tengok ni malam-malam. Hihihi.
ReplyDeletehaha malam-malam pun lapar lagi ye effa aziz :)
Deletesalam kenal..kebetulan entri kita sama....mmg kadangkala mati akalkan nak memasak...
ReplyDeleteiryantyahamad.blogspot.com
terima kasih iryanty ahamad, akan menyusul ke sana :)
Deletebtol tu kak, kalo rasa dah lama tak makan telur rebus, wat la sambal telur rebus ni kan.. tak pun, telur rebus tu makan dgn nasi lemak, pergh! kak, tetibe ade je idea nak masak malam ni, hahahaha~
ReplyDeleteok alhamdulillah boleh gak beri idea kat eMMe ye.. :)
Deleteerm boleh gak kan, tapi tulah time kak ana buat ni ketika dihembus angin malas, nak cepat lah dalam erti kata lain so, rebus terus buh sambalnya DR :)
ReplyDeleteassalamualaikum ana...baguskan boleh bertukar idea masakan...;)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, tu lah suka tgk IG mama :)
Deletefeveret ni kak ana.. lagi2 kalau sambal pekat cmnie.. waduhhh tak pandang kiri kanan ni..huhu
ReplyDeletesuka ye Anizz, erm dah rebus telur tapi jadi kari telur lak ye hehe :)
Deletepon jd kak dikala idea xde sgt kan...huhu...yg penting sedaapp
ReplyDeleteitulah dia Sha, buntu gak kak ana fikir hari-hari nak masak apa :)
Delete