Sambal Telur Rebus

 

Sambal Telur Rebus





Sebenarnya bukan nak kongsi resepi pun kat sini , setakad sambal telur rebus ni, anak-anak kita darjah enam pun boleh buat.Tapi ana nak kongsikan idea masakan untuk tengahari ni sahaja.Kadang-kadang kita sebagai suri rumah sepenuh masa ni memang mati akal juga memikirkan menu apa untuk di hidangkan buat santapan keluarga. Ana suka mengikuti Instagram mama MASZUL yang hari-hari rajin upload menu-menu harian dari dapurnya.Sekurang-kurangnya dapat memberi ilham untuk masak hari berikutnya.

Tengahari tadi , memang hampir lima belas minit duk menghadap petisejuk mencari idea apa yang hendak di masak.Akhirnya, ana rebuskan telur.Kemudian kupas kulit dan letakkan didalam mangkuk.Tumiskan bawang besar,bawang putih dan masukkan cili giling dan tambah sos tomato.Tambahkan perisa dan sedikit air untuk mengurangkan kepekatannya.Tuangkan ke atas rebusan telur yang telah dibelah dua tadi dan....terhasillah sambal telur mudah.


~berkongsi idea masakan hari ini ~