Sambal Telur Rebus

 

Sambal Telur Rebus





Sebenarnya bukan nak kongsi resepi pun kat sini , setakad sambal telur rebus ni, anak-anak kita darjah enam pun boleh buat.Tapi ana nak kongsikan idea masakan untuk tengahari ni sahaja.Kadang-kadang kita sebagai suri rumah sepenuh masa ni memang mati akal juga memikirkan menu apa untuk di hidangkan buat santapan keluarga. Ana suka mengikuti Instagram mama MASZUL yang hari-hari rajin upload menu-menu harian dari dapurnya.Sekurang-kurangnya dapat memberi ilham untuk masak hari berikutnya.

Tengahari tadi , memang hampir lima belas minit duk menghadap petisejuk mencari idea apa yang hendak di masak.Akhirnya, ana rebuskan telur.Kemudian kupas kulit dan letakkan didalam mangkuk.Tumiskan bawang besar,bawang putih dan masukkan cili giling dan tambah sos tomato.Tambahkan perisa dan sedikit air untuk mengurangkan kepekatannya.Tuangkan ke atas rebusan telur yang telah dibelah dua tadi dan....terhasillah sambal telur mudah.


~berkongsi idea masakan hari ini ~

24 Comments

  1. perrghh pekat kuah sambalnya, suka2..hihi
    jemput dtg blog sy =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal telur je Saljiah Zafirah ... In Shaa Allah nanti kak ana singgah :)

      Delete
  2. simple tu yang sedap kak Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga CP kekadang yg simple2 tu laju je selera kan :)

      Delete
  3. simple dan mudah disediakan... sesuai untuk mereka yg bekerja sepenuh masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm bolehlah Najib kalau nak mencuba kan hehe :)

      Delete
  4. dah lama la saya tak buat sambal telur rebus nih..sebab suami suka telur goreng..dulu selalu jugak la buat...saya biasa buat dulu,telur rebus tu saya kupas kulit dia lepas tu goreng..kemudian masuk kan dalam sambal tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm boleh gak kan, tapi tulah time kak ana buat ni ketika dihembus angin malas, nak cepat lah dalam erti kata lain so, rebus terus buh sambalnya DR :)

      Delete
  5. Masakan yang simple tapi sedap kan Kak Ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple memang simple Wana, sedap sangat tu taklah, tapi kalau dah lapar semua jadi sedapkan :)

      Delete
  6. yg simple tu lagi sedap Ana. KY selalu juga buat bila nak cepat..dan malas nak siang ikan/ayam masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dengan KY, kalau dah buntu dan nak cepat malas nak siang menyiang telurlah jawabnya hehe :)

      Delete
  7. adehhh kecur tengok ni malam-malam. Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha malam-malam pun lapar lagi ye effa aziz :)

      Delete
  8. salam kenal..kebetulan entri kita sama....mmg kadangkala mati akalkan nak memasak...

    iryantyahamad.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih iryanty ahamad, akan menyusul ke sana :)

      Delete
  9. btol tu kak, kalo rasa dah lama tak makan telur rebus, wat la sambal telur rebus ni kan.. tak pun, telur rebus tu makan dgn nasi lemak, pergh! kak, tetibe ade je idea nak masak malam ni, hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok alhamdulillah boleh gak beri idea kat eMMe ye.. :)

      Delete
  10. assalamualaikum ana...baguskan boleh bertukar idea masakan...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, tu lah suka tgk IG mama :)

      Delete
  11. feveret ni kak ana.. lagi2 kalau sambal pekat cmnie.. waduhhh tak pandang kiri kanan ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka ye Anizz, erm dah rebus telur tapi jadi kari telur lak ye hehe :)

      Delete
  12. pon jd kak dikala idea xde sgt kan...huhu...yg penting sedaapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia Sha, buntu gak kak ana fikir hari-hari nak masak apa :)

      Delete