Tasik Biru,Kundang.

 

Tasik Biru,Kundang,Selangor.

Bagi penduduk sekitar Rawang,Kundang dan Sungai Buluh, Tasik Biru yang terletak di Kundang ,Selangor ini agak sinonim sebagai salah satu tempat riadah di hujung minggu.Mula-mula ana ke sini dahulu, ia merupakan sebuah bekas lombong terbiar dan tak banyak aktiviti yang ada melainkan beberapa deretan kedai makan di tepian tasik.Kini, banyak kemudahan telah dibina disekitar tasik untuk aktiviti riadah.

Antara tarikan utama di Tasik Biru ini ialah permainan jet-ski.Mereka yang mempunyai jet-ski dan meminati aktiviti air ini, sering kali bermain di Tasik Biru bersama rakan-rakan.


kredit foto: laman web mps     



Aktiviti permainan jet-ski di Tasik Biru,Kundang.

Selain daripada itu, ramai juga yang datang berkelah di tepian tasik.Terdapat beberapa gerai menjual makanan disekitar tasik dan selalunya jika ana kesini, kami sekadar melihat keindahan pemandangan disekitar tasik.Untuk mereka yang tinggal berdekatan Kundang, bolehlah ke Tasik Biru untuk menikmati kehijauan kawasan sekitar dan melihat kejernihan air di Tasik Biru.Tiba-tiba teringat pula lagu Fauziah Latiff, Teratai Layu Di Tasik Madu.Ini kerana suatu ketika dahulu, ana pernah melihat Fauziah Latiff dan rakan-rakannya bermain jet-ski disini.

Kejernihan air di Tasik Biru,Kundang.



Keindahan alam disekitar Tasik Biru,Kundang.


~berkongsi tempat menarik disini~