Taman Metropolitan, Kepong.


taman layang-layang metropolitan kepong

Selalunya ana lalu lalang sahaja melihat ramai pengunjung beriadah di sekitar Taman Metropolitan, Kepong.Kali ini, anak-anak mengajak singgah untuk melihat sendiri kemeriahan sekitar taman.Taman Metropolitan , Kepong ini juga dikenali sebagai Taman Layang-layang kerana setiap hujung minggu, kawasan padang taman dipenuhi dengan aktiviti permainan layang-layang.Dipintu masuk taman sahaja, berderetan jualan layang-layang pelbagai saiz,warna dan corak dijual disini.


Selain bermain layang-layang bersama keluarga ,ada juga anak-anak bermain 'giant bubble' yang boleh disewa.Terdapat juga trek untuk berjogging, mengayuh basikal dan sebagainya di sekitar taman.Memandangkan taman ini satu-satunya kawasan rekreasi yang paling hampir dengan Kepong, Selayang dan Batu Caves, setiap hujung minggu pasti ramai yang datang beriadah.Masalah utama ialah kekurangan tempat parkir kereta sehingga ramai diantara pengunjung meletakkan kenderaan berlapis-lapis di tepi lebuhraya MRR2 yang pada ana agak berbahaya.


Disebelah belakang taman layang-layang, terdapat sebuah tasik rekreasi yang luas. Kelihatan ramai juga pemancing meletakkan joran di sekitar tasik.Pemandangan tasik sangat luas saujana mata memandang, cuma persekitaran yang agak tercemar dengan pengunjung yang ramai membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya.Inilah penyakit sosial dikalangan pengunjung taman-taman rekreasi yang tidak peka dengan kebersihan kawasan.








Sebenarnya banyak terdapat tempat rekreasi yang disediakan oleh pihak yang berwajib untuk kemudahan orang awam, cuma kita sebagai pengunjung perlu mendispilinkan diri dan mendidik anak-anak tentang tanggung jawab sosial menjaga kebersihahan tempat-tempat awam.Taman Layang-layang Metropolitan, Kepong merupakan sebuah taman yang seronok untuk dikunjungi bersama keluarga dihujung minggu.Berbagai-bagai aktiviti boleh dilakukan disini cuma pastikan datang awal untuk meletakkan kenderaan di tempat parkir yang disediakan.Kalau lewat , memang ramai yang akan meletakkan kenderaan di tepian MRR2 yang sibuk dengan lalu lintas.


~berkongsi tempat menarik disini~