kredit: Google Image

Bila ana perhatikan graf trafik di blog anajingga baru-baru ni, ana perasan sesuatu iaitu ketika hujung minggu atau cuti am, trafik masuk memang merudum sekali berbanding hari-hari bekerja.Ana buat andaian sendiri bahawa bila hari cuti tak banyak yang mengGoogle mencari info.Mungkin kerana lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga atau keluar bersantai.

Bukan setakad blog, Facebook dan Instagram juga agak sunyi ketika hujung minggu ni.Tak banyak 'update' atau 'posting' di waktu-waktu begini. Kalau hari-hari biasa trafik boleh mencecah ribuan bila hujung minggu atau hari cuti, hampir separuh sahaja.

Ramai yang lebih minat mengunjungi blog sambil bekerja barangkali, jadi bila cuti buat hal lain kan... apa-apapun sebagai blogger, 'entri' tetap kena 'update' sebab kalau lama dibiarkan sunyi sepi, nanti lari pula pembaca setia kan... 'Happy Blogging' rakan blogger semua, semoga perkongsian kita yang serba sedikit ini kan memberi manfaat kepada orang lain.In Shaa Allah... :)