Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO):


bagan nakhoda omar,sabak bernam,bno

Jangan tak tahu di Sabak Bernam juga terdapat pantai dan tempat rekreasi yang menarik untuk di kunjungi di waktu petang atau pun cuti hujung minggu.Sebelum ini, sering kali ana melalui jalan Kuala Selangor ke Teluk Intan melalui pekan Sabak Bernam dan selalu juga terpandang papan tanda Pantai Bagan Nakhoda Omar atau lebih dikenali sebagai BNO, namun tidak pernah singgah.Namun, baru-baru ini ana dan keluarga telah berkesempatan singgah riadah di sini dan ana kongsikannya untuk tatapan semua.


Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO), terletak dalam perjalanan di antara pekan Sabak Bernam dan Sungai Besar.Disebuah persimpangan lampu isyarat terdapat papan tanda menunjukkan lokasi Pantai Bagan Nakhoda Omar.Dari simpang utama kita akan melalui jalan disekitar kampung kira-kira 8km untuk sampai ke destinasi.

Bagan Nakhoda Omar merupakan sebuah perkampungan nelayan, dan terdapat aktiviti menangkap ikan oleh nelayan-nelayan kecil.Terdapat sebuah jeti bot-bot nelayan disini.Selain itu, Bagan Nakhoda Omar juga menyediakan sebuah kawasan rekreasi dan riadah untuk mereka yang berkunjung.


bagan nakhoda omar ,sabak bernam,bno

Seperti kebanyakkan pantai lain di negeri Selangor, pantai Bagan Nakhoda Omar juga bukanlah pantai untuk bermandi manda, ianya sebuah pantai santai untuk aktiviti riadah di waktu petang seperti menikmati udara segar dan hembusan angin laut, bermain layang-layang , taman permainan kanak-kanak dan sebagainya.

bagan nakhoda omar,sabak bernam,bno

Terdapat juga sebuah medan selera di samping beberapa gerai kecil disekitar pantai untuk mencuba pelbagai juadah yang dijual di sini.

Medan selera dan gerai di pantai BNO

Disini ana kongsikan beberapa keping lagi foto yang sempat ana rakamkan semasa berada di pantai Bagan Nakhoda Omar,Sabak Bernam untuk tatapan mereka yang singgah di anajingga.




kelihatan dua buah bot menuju ke laut di pantai BNO






Sekiranya melalui jalan Sabak Bernam atau berada berdekatan lokasi ini, bolehlah singgah ke pantai Bagan Nakhoda Omar untuk beriadah seketika sambil menghirup bayu laut yang menenangkan jiwa.


~sebuah perkongsian lagi disini~