Pulau 'Kucing' Di Jepun :

Semalam, slot akhir dalam Berita di TV9, ada menunjukkan satu rakaman video sebuah pulau di Jepun yang mana bilangan kucing-kucing liar disana melebihi jumlah penduduk. Satu fakta yang menarik untuk ana 'Google' dan kongsikan disini.






'Pulau Kucing' atau nama asalnya Pulau Aoshima di Ehime,selatan Jepun.Ia adalah sebuah pulau yang didiami hanya sekitar seratus orang penduduk yang kebanyakkannya merupakan golongan warga emas yang bekerja sebagai nelayan.Pulau ini menjadi terkenal di kalangan pelancung kerana ia dihuni oleh ratusan kucing-kucing yang populasinya lebih daripada manusia.Sangat unik kan.

Menurut kepercayaan mereka,kucing-kucing ini boleh menbawa rezeki kepada penduduk disini.Kucing-kucing ini berkeliaran di sekitar kawasan pulau dan ramai pelancung dan penduduk tempatan yang memberi makanan.Ana kongsikan disini beberapa keping gambar yang dipinjam dari Google Image tentang 'Pulau Kucing' di Jepun.









Foto :Google Image