Taman Botani Perdana,Kuala Lumpur
Dah lama juga ana tidak singgah sambil beriadah di Taman Tasik Perdana atau kini dikenali sebagai Taman Botani Perdana,Kuala Lumpur. Jika dahulu semasa menetap di Ampang dan anak-anak masih kecil, memang kerap ke sini membawa anak-anak bermain di taman permainan.Kini mereka semakin remaja dan kurang minat ke taman-taman awam.Berpeluang singgah beberapa minggu yang lalu, banyak perubahan dan penambahbaikan telah berlaku di Taman Tasik Perdana.
|
Sebuah maze yang indah di Taman Tasik Perdana |
Salah satu daya tarikan yang cantik di tengah-tengah Taman Tasik Perdana ialah sebuah lanskap berbentuk
maze yang indah dihiasi pokok-pokok bunga berwarna warni.
|
Sebuah pancuran air |
|
Sebuah tasik kecil |
Taman Tasik Perdana agak sesuai untuk berpiknik di kawasan ini kerana ia luas dan lanskapnya di teduhi pohon-pohon besar yang meredupkan suasana.Ramai juga yang datang bersama keluarga menghamparkan tikar dan membawa bekalan makanan sambil beriadah di hujung minggu.
|
Sebuah air terjun buatan yang cantik |
|
Antara tarikan di kawasan sekitar taman |
|
Sebuah taman permainan kanak-kanak |
Rasanya seronok juga sesekali makan angin di sekitar Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur bersama keluarga.Selain daripada beriadah di tamannya yang luas terdapat juga tarikan utama yang lain disekitar Taman Tasik Perdana seperti Taman Orkid, Taman Bunga Raya,Taman Burung dan sebagainya.Ia juga berdekatan dengan Tugu Peringatan Negara dan Memorial Tunku Abdul Rahman.
~berkongsi tempat menarik disini~
27 Comments
lama daa x ke xsini ;-)
ReplyDeletetu laj anies, kak ana pun lama dah tak ke sini :)
Deletecantik tempat ni, tak merasa lah gamak nya kaknoor ni
ReplyDeletemana tahu kak noor ada rezeki sampai ke sini pula ,In Shaa Allah.
Deleteboleh buat gathering blogger x bonde?...agak² kena mohon permit x dgn MPAJ..
ReplyDeletekalu nak buat Gathering boleh jer kot... kene check lokasi dan PBT mana...Bonde Rasa Under DBKL Permitnya..
Deleteboleh aje, pot luck kan Bonde,mesti meriah,anak-anak boleh main2 kat taman sementara kita berborak sakan :)
DeleteWAH menarik idea PCL tu...
ReplyDeleteCantik juga tempat ni...
Fuza mai lah datang sini boleh selfie sakan hehe :)
Deletetukar nama lagi? Lake Garden kemudian Taman Tasik Perdana... now tukar lagi... tapi nampak makin cantik... terjaga dan terawat dengan baik...
ReplyDeletesebab 'lake' nya semakin kecil dah NA, ye pada pengamatan kak ana semakin terjaga dan banyak penambahbaikkan dilakukan oleh pihak DBKL .
DeleteTaman dikawalselia mmg sentiasa indah...
ReplyDeletebetul tu Bonde :)
Deletecantiknyaaa kawasan ni :D
ReplyDeletecantik Nani, redup juga lah walaupun kak ana sampai petang.
DeleteDulu2 masa kecik kecik, mak abah selalu bawak kitorang adik beradik pegi sini. Dah besau sikit, jadi tempat dating plak :)
ReplyDeleteRindu Lake Garden (as inTaman Botani Perdana).
amboi Sha, detim kat sini ye... hehe :)
DeleteDah semakin terjaga, dulu berserabut je..
ReplyDeletehaah CP, ada penambahbaikkan dilakukan DBKL buat masa ni :)
DeleteBestnya jalan2...
ReplyDeletesesekali Cik La, jenjalan sambil layan2 anak2 gadis berselfie kat sini hehe :)
Deletelama tak dating ke sini
ReplyDeleteapa lagi CN throwback lah semula ke sini hujung minggu ni :)
DeleteLamanya tak g tasik camni..
ReplyDeleteKuantan lagi best Lya, lepak tepi pantai :)
Deletebersih dan kemas taman ni.. dijaga dengan rapi.. susah nak jumpa taman yg kemas mcm ni kan....
ReplyDeletesetakad ni memang cantik dan terjaga lah Eny :)
Delete