Minggu lepas kak long mendapat keputusan peperiksaan Sem Dua dalam pengajiannya di Uitm. Alhamdulillah cemerlang dengan mandapat Dean List. Kami pun bertanya kepadanya nak makan apa untuk meraikan kejayaannya?Kak long dan adik nak makan western food, ibu dan ayah kelaparan nak makan nasi.Satu keputusan yang bijak bila kami ke JM Bariani House di Aeon Rawang di mana disitu terdapat menu nasi bariani dan juga sajian western.

JM Bariani House - Aeon Rawang

 

JM Bariani House - Aeon Rawang
Nasi bariani daging


Sedap tak bila nampak gambar tu?Ini menu pilihan suami ana, nasi bariani daging.Ana pula memesan set nasi bariani ayam.Set bariani ini datang dengan kuah kari dal dan acar buah bersama menu lauk pilihan. Harga untuk satu set nasi bariani ayam ialah RM15.40 dan untuk set nasi bariani daging pula RM15.10.Nasi Bariani di JM Bariani House ni memang sedap dan lembut sangat nasinya.Kuah kari dal dan menu pilihan juga menepati citarasa kami tengahari itu.Memang sedap dan kuah yang pekat.


JM Bariani House - Aeon Rawang
Nasi bariani ayam
Adik Ika macam selalu suka sangat dengan Fish and Chipsnya.Kak Long pula suka makan Chicken Chop. Fish and Chip harganya RM14.20 manakala Chicken Chop RM15.30.Pada ana, Fish and Chip biasa sahaja dan sama seperti yang terdapat di mana-mana restoran lain. Cuma hidangan sampingannya coleslaw agak kurang enak kerana ada lebih rasa masam sedikit.

JM Bariani House - Aeon Rawang
Fish N Chip JM Bariani House

Manakala hidangan Chicken Chop memang agak sedap pada kami.Gravy yang cukup pekat dan lazat bersama ayam yang sedap perapannya.


JM Bariani House - Aeon Rawang
Chicken Chop JM Bariani House
Sesekali makan besar begini memang mampulah buat ana dan keluarga bukanlah selalu. Namun bila kita makan dan bayar dengan harga yang agak mahal terasa berbaloi jika hidangan menunya sedap kan.Banyak lagi menu-menu lain yang disajikan disini seperti tauhu bakar,mee bandung dan sebagainya.Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah ke laman web www.jmbariani.com .Minuman pilihan kami petang itu macam selalu ialah teh O ais limau dengan harga RM4 segelas.




~berkongsi tempat makan menarik disini~

14 Comments

  1. sedapnye kak..hb yumida peberet nasi briani ni..suka briani kambing
    tahniah buat kak long
    moga terus cemerlang dlm study

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Yumida, bukan kak ana Yumida, anak kak ana yang study hihi :)

      Delete
  2. namapk menyelerakan semua nya ya, tahniah dari kaknoor jugak buat kaklong ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak noor, semoga boleh menjejak kejayaan anak kak noor suatu hari nanti nanti, Amin.In shaa allah

      Delete
  3. spot kat chicken chop..yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi mar, nampak tang tu je ye hihi :)

      Delete
  4. Replies
    1. kan Lya, nampak sedap dan rasanya sedap gak lah hihi :)

      Delete
  5. amboi...berbunyi2 semula perut SA tgok semua ni ha....

    ReplyDelete
  6. Menarik lak Ana, terus lapar nasi beriani

    ReplyDelete
    Replies
    1. feveret aRz lah ye beriani ni..sedap makan sesekali :)

      Delete
  7. adus dapnyeeee hehehe.. CT penah gi 2/3 kali je aeon rawang ni..
    dlu time study area sana hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. O ye ke, dekat dengan rumah kak ana dah ni Siti :)

      Delete