Kelahiran Puteri Kate Middleton dan Putera William:

Sabtu lepas, 2 Mei 2015, pasangan Diraja Britain The Duke dan Duchess of Cambridge, Putera Willian dan isterinya Kate Middleton selamat melahirkan seorang puteri. Anak kedua pasangan Diraja ini, sehingga entri ana di terbitkan masih belum diberikan nama secara rasmi.Tak sabar rasanya nak mengertahui apakah nama yang bakal diberi kepada puteri comel ini.Apakah bakal di namakan dengan nama Diana sempena nama ibunda Putera William, sama-sama kita nantikan.

Disini ana kongsikan beberapa keping foto ketika pasangan Diraja ini meninggalkan Lindo Wing of St Mary's Hospital 

gambar puteri kate middleton dan putera william


The Duchess of Cambridge tiba di hospital pada jam 6:00 pagi waktu tempatan dan selamat melahirkan puterinya pada jam 8:34 pagi, seberat 8 lbs dan 3oz.Kira-kira jam  6:11 petang waktu tempatan,pasangan Diraja ini keluar ke  Lindo Wing of St. Mary's Hospital bersama ahli baru keluarga mereka.Jom kita lihat lagi beberapa keping foto comel puteri Kate Middleton dan Putera William dan turut serta ialah putera sulung mereka Prince George yang pernah ana kongsikan gambar-gambar comelnya di SINI .




bayi perempuan kate middleton









Sumber dan foto :  http://www.dailymail.co.uk