Blogger Tanpa Internet


kredit foto : Google Image

Petang tadi kecoh juga dunia media sosial tentang gangguan internet di seluruh tanahair.Ana juga hanya boleh berchat di Telegram sahaja yang lepas, Whatsapp, Facebook, Instagram dan Blog jauh sekali dapat di tembusi. Macam-macam andaian kami buat.Ada yang kata masalah server, line internet ,faktor cuaca dan macam-macam lagilah.Sebenarnya ahli-ahli EFG sendiri dari semalam ramai yang tidak dapat memasuki blog sendiri.Entah apa sebabnya , ana sendiri tak pasti.


Namun apa yang ingin ana kaitkan disini ialah, apalah ertinya seorang blogger tanpa internet.Apa yang boleh kita buat jika di takdirkan tiada internet untuk beberapa hari kan? Yang pasti tiada entri dapat di update, tiada aktiviti blogwalking dan tiadalah uv dan pv untuk blog kita.Kerana itulah tiada internet tiadalah blogger.

Kadang-kadang sudah menjadi suatu keperluan internet di masa kini. Walaupun mak dan abah masih boleh hidup selesa dan aman juga tanpa internet namun bagi kita pengguna tegar internet khasnya blogger akan lebih merasa satu kebergantungan dengan perkhidmatan internet ni.

Namun, peringatan buat ana dan semua yang singgah membaca di sini, perlu kita tanam dalam diri bahawa internet bukanlah segala-galanya dalam hidup.Tak kiralah anda seorang blogger atau siapa pun, hubungan ukhuwah sesama insan itu lebih penting dari melayari internet di setiap waktu dan ketika.Pastikan mana yang lebih di utamakan dahulu.

Sebagai hambaNya, pastikanlah masa kita mengadap Yang Esa lebih dari masa kita bersama telefon pintar.Aktiviti bersama keluarga dan anak-anak lebih utama dari mengadap skrin laptop dan sebagainya. Jangan terlalu leka di buai teknologi sehingga hanyut dalam dunia sendiri. Nilai silaturrahim semakin pudar.Dunia hanya di hujung jari.

Internet pada ana sebagai seorang blogger satu keperluan untuk berkongsi maklumat dan mendapat informasi, tetapi ia bukan satu kewajiban sehingga meninggalkan yang lebih utama dalam sebuah kehidupan.Bersederhanalah wahai anajingga dot com.


10 Comments

  1. Setuju 100% dengan pendapat K.Ana Internet bukanlah segala-galanya biarlah berpada-pada. Janganlah terlalu leka sehingga mengabaikan yang wajib dan sehingga Allah bagi peringatan dengan tarik sedikit sahaja nikmatNya baru kita nak sedar. Nauzubillah ingatan utk diri sendiri juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan Mrs A, sekadar peringatan buat kita bersama.

      Delete
  2. bagus juga buat buat hari tanpa internet, boleh muhasabah diri lg lg dlm bln ramadhan yg bakal tiba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm jom kita mulakan di EFG ok tak PCL hihi :)

      Delete
    2. Hahahah jom mulakan kat efg dlu bagus cadangan kak ana ni

      Delete
    3. kena tanya boss Lya haha :)

      Delete
  3. blogger mmg sgt2 perlukan internet, cn kalau balik umah ibu yang internet ciput2, mmg gelisah jer, alahai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan CN. macam satu kekurangan sahaja jadinya.

      Delete
  4. 6kalau takde internet camne laa seorg blogger nak update entri

    ReplyDelete