Colek Ayam di Warung Cikgu,Bukit Puchong


Catatan jalan-jalan cari makan ni sebenarnya semasa bulan Ramadan yang lalu. Lepas Solat Sunat Terawih, jiran mengajak makan colek-colek ayam nun jauh di Bukit Puchong sana.Jiran ana ni memang suka ajak kami jalan-jalan cari makan ke tempat-tempat yang popular ni.Alhamdulillah..terima kasih pada Man dan Ida.


Colek Ayam di Warung Cikgu

 Pernah dengar tak tentang makan colek ayam ni? Erm selalunya colek-colek ni sangat popular di kalangan penduduk Pantai Timur.Dan inilah kali pertama ana dan keluarga merasa keenakkan colek ayam ni ketika kami bersantai di Warung Cikgu di Bukit Puchong.Jom ana ceritakan apa lagi yang istimewa tentang colek ayam dan air kelapa baldi di Warung Cikgu, Bukit Puchong ni.

Jauh juga perjalanan kami malam tu, bergerak dari Rawang jam 10:00 malam dan sampai ke destinasi dengan bantuan Waze ke Bukit Puchong sejam kemudian.Jalan agak lengang malam tu dan terhindar dari kesesakan lalu lintas.



Lokasi Warung Cikgu ni terletak di No1, Jalan BP 6/7,Bandar Bukit Puchong, Puchong,Selangor.Sampai di sana masih kelihatan ramai pengunjung berada disini.Kami mengambil tempat terlebih dahulu sebelum ke kaunter untuk memilih bahan-bahan yang dikehendaki sebagai sajian colek ayam.Ia sama seperti kita memilih yong-taufu atau rojak singapura, cuma rasanya yang jauh berbeza dengan sos colek yang sedap.


Antara pilihan colek ayam: fishball,crabstick,popia,udang dan cucur



Juga terdapat paru dan ayam

Juga terdapat sayur salad, sotong dan pelbagai lagi bahan pilihan yang digoreng rangup panas-panas disini.Selepas membuat pilihan pekerja nya akan mengira dan memotong panas-panas bahan dan bolehlah kita nikmatinya.Sangat sedap colek ayam di Warung Cikgu dan yang istimewanya dihidang bersama sos coleknya.

Air Kelapa Baldi di Warung Cikgu,Bukit Puchong


Air Kelapa Baldi di Warung Cikgu

Selain dari colek ayam yang sangat popular di Warung Cikgu,Bukit Puchong ni, satu lagi tarikannya ialah air kelapa baldi.Unik kan.. memang terasa kesejukkan air kelapa asli yang di hidang didalam sebuah baldi sederhana kecil ni.Harganya pula sangat berbaloi hanya RM3.50 sebekas.Puas minum air kelapa yang manis dan sejuk.


Coconut shake di Warung Cikgu,Bukit Puchong
Adik Ika memilih untuk minum coconut shake yang tak kurang juga lazat dan pekat sekali rasanya.


Rojak Buah di Warung Cikgu,Bukit Puchong

Selain menikmati colek ayam dan air kelapa baldi di Warung Cikgu, kami juga sempat makan rojak buah yang tak kurang juga sedap.Memang berbaloi perjalanan kami malam itu kerana kesemua menu yang ada disini sangat lazat-lazat belaka dan hargnya yang amat berpatutan.Bagi yang ingin keterangan lanjut tentang Warung Cikgu dan menu-menu lazatnya bolehlah ke FB: https://www.facebook.com/WarungCikgu.Puchong.


kredit foto:FB Warung Cikgu

~berkongsi selera disini~

24 Comments

  1. menarik la dia punya air kelapa baldi tu..mana dia dapat baldi comel2 tu ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah DR tapi memang maweles sangat lah :)

      Delete
  2. Replies
    1. sedap aeinna musa, terima kasih sudi bersama anajingga.com :)

      Delete
  3. owh macam rojak Singapore..cuma kuah lg spesel..kena cuba nt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup PCL dia tak ada kuah cuma sos colek yang sedap dan unik :)

      Delete
  4. Coconut shake tu..aaarrrghhhh..sedapnya..

    ReplyDelete
  5. Terliur tengoknya Ana..hehee...

    ReplyDelete
  6. waa rarenya air kelapa baldi.. nanti ade yg buat air kelapa basin pulop.. haha..

    kite pun pegi makan colek ayam gak lepas terawih satu malam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak selera kut nizam kelapa basin..haah colek ni popular di pantai timurkan :)

      Delete
  7. k.ana..larat ka minum air kelapa sebaldi tue..hehehe

    ReplyDelete
  8. nanges tengok menu-menu dia..sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar Mas... tarik nafas..tengok lagi kay haha :)

      Delete
  9. Thanks for the review.. terus safe dalam maps.. kena pergi nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome shahida, yang best ana kongsikan kay :)

      Delete
  10. ingatkan colek2 kat pantai timur tu colek2 buah.. ada gak ngan ayam eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah CT hat ni, colek ayam ada, colek buah pun ada :) sedap.

      Delete