Menu Ubi Kayu 


Minggu lepas semasa beraya ke rumah kakak ipar ana di Bentong, abang ipar ada memberi beberapa batang ubi kayu yang di tanamnya sendiri di kebun belakang rumah. Lama juga kami tak makan dari ubi kayu ni. Memandangkan di rumah ni hanya kami bertiga, ana jadikan ubi kayu ni kepada dua sajian petang yang berlainan.Lepaslah nak fikir menu petang apa untuk dua hari kan..Jom ana kongsikan disini.

Ubi kayu rebus

 


Ubi kayu rebus memang sedap di makan panas-panas. Ada yang gemar makannya dengan ikan masin jeruk, sambal tumis ikan bilis dan petang itu ana memilih untuk memakannya bersama kelapa parut yang ditabur sedikit garam dan dicicah bersama gula. Kena pula digandingkan dengan kopi-O .Memang tepat dah sasarannya.Pastikan ubi kayu tu kita rebus secukup empuk barulah sedap di makan begitu saja.

Tepek Ubi Kayu Parut

 



Keesokkannya pula ana sajikan menu petang tepek ubi kayu parut goreng. Ini satu lagi resepi ibunda yang ana pelajari dari arwah ibu saudara di kampung.Kami panggil tepek ubi kayu. Parut ubi kayu kemudian campurkan dengan garam secukup rasa.Kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak, pastikan minyak rata supaya tidak melekat.Taburkan parutan ubi kayu dan tekan supaya padat dan melekat. Balikkan setelah garing di permukaannya. Lazat juga di makan panas-panas dan dicicah dengan gula.

Banyak lagi sebenarnya menu-menu resepi ibu dari ubi kayu ni, antaranya bingka ubi kayu, pengat ubi kayu, kerepek ubi kayu dan lain-lain lagi.Memang sedap sesekali menikmati hidangan petang dengan sajian berasaskan ubi kayu.


~berkongsi idea masakan disini~

24 Comments

  1. ubi kayu rebus sedap makan dengan ikan masin selain kelapa parut..goreng pun sodap tu kak ana ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah wana, ada juga yang suka makan dengan ikan masin kan, sedap sesekali makan :)

      Delete
  2. kat kampung dulu mak ade buat..rebus cicah dengan kelapa..makan time hujan sedap..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nick, sekarang ni jarang makan masakan ibunda camni dah kan :)

      Delete
  3. Kakcik suka sangat makan ubi kayu rebus (yang lembut) digaul dengan kelapa parut+gula+sedikit garam... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak cik kena yang empuk baru sedap kan :)

      Delete
  4. Sedap tu, apatah lagi kalau dimasak agak rangup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah bila rangup enak di kunyah kan SP :)

      Delete
  5. sedapnya, wawa suka makan ngan gula..")

    ReplyDelete
  6. Dah boleh bersiap sedia...

    Mana tau, nanti kita kena makan macam ni...

    Upsss....

    ReplyDelete
  7. tepek ubi kayu parut tu ala-ala 'cakar ayam' pula dari segi rupanya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain Sue, cakar ayam manis, hat ni tak masin sikit rasanya :)

      Delete
  8. sedap kot ubi kayu makan dengan gula..hehe

    ReplyDelete
  9. lama nyaa tak makan ubi kayu... sedapnyaa

    ReplyDelete
  10. Slm ziarah..pertama kali dengar tentang tepek ubi kayu parut. Macam best je

    ReplyDelete
  11. aduhhhh... sedap betul ni.. ubi kayu empuk dgn kelapa parut masin2 manis.... ;)

    tapiiiiiiii... tepek ubi kayu parut tu tak pernah rasa pulak... hehehehehee... ada2 je menu tradisional kak ana ni tau... terbaiiikkkk....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lama ain macam2 resepi ibunda kak ana dah rasa kan :)

      Delete
  12. ubi kayu wat kuih pun sedap kak ana

    ReplyDelete