Menu Ubi Kayu
Menu Ubi Kayu
Minggu lepas semasa beraya ke rumah kakak ipar ana di Bentong, abang ipar ada memberi beberapa batang ubi kayu yang di tanamnya sendiri di kebun belakang rumah. Lama juga kami tak makan dari ubi kayu ni. Memandangkan di rumah ni hanya kami bertiga, ana jadikan ubi kayu ni kepada dua sajian petang yang berlainan.Lepaslah nak fikir menu petang apa untuk dua hari kan..Jom ana kongsikan disini.
Ubi kayu rebus
Ubi kayu rebus memang sedap di makan panas-panas. Ada yang gemar makannya dengan ikan masin jeruk, sambal tumis ikan bilis dan petang itu ana memilih untuk memakannya bersama kelapa parut yang ditabur sedikit garam dan dicicah bersama gula. Kena pula digandingkan dengan kopi-O .Memang tepat dah sasarannya.Pastikan ubi kayu tu kita rebus secukup empuk barulah sedap di makan begitu saja.
Tepek Ubi Kayu Parut
Keesokkannya pula ana sajikan menu petang tepek ubi kayu parut goreng. Ini satu lagi resepi ibunda yang ana pelajari dari arwah ibu saudara di kampung.Kami panggil tepek ubi kayu. Parut ubi kayu kemudian campurkan dengan garam secukup rasa.Kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak, pastikan minyak rata supaya tidak melekat.Taburkan parutan ubi kayu dan tekan supaya padat dan melekat. Balikkan setelah garing di permukaannya. Lazat juga di makan panas-panas dan dicicah dengan gula.
Banyak lagi sebenarnya menu-menu resepi ibu dari ubi kayu ni, antaranya bingka ubi kayu, pengat ubi kayu, kerepek ubi kayu dan lain-lain lagi.Memang sedap sesekali menikmati hidangan petang dengan sajian berasaskan ubi kayu.
~berkongsi idea masakan disini~
24 Comments
ubi kayu rebus sedap makan dengan ikan masin selain kelapa parut..goreng pun sodap tu kak ana ^_^
ReplyDeletetu lah wana, ada juga yang suka makan dengan ikan masin kan, sedap sesekali makan :)
Deletekat kampung dulu mak ade buat..rebus cicah dengan kelapa..makan time hujan sedap..huhu
ReplyDeletebetul tu nick, sekarang ni jarang makan masakan ibunda camni dah kan :)
DeleteKakcik suka sangat makan ubi kayu rebus (yang lembut) digaul dengan kelapa parut+gula+sedikit garam... :)
ReplyDeletekan kak cik kena yang empuk baru sedap kan :)
DeleteSedap tu, apatah lagi kalau dimasak agak rangup..
ReplyDeleteHaah bila rangup enak di kunyah kan SP :)
Deletesedapnya, wawa suka makan ngan gula..")
ReplyDeleteSedap juga kan wawa :)
DeleteDah boleh bersiap sedia...
ReplyDeleteMana tau, nanti kita kena makan macam ni...
Upsss....
hamboi SN statement kan men huhu :)
Deletetepek ubi kayu parut tu ala-ala 'cakar ayam' pula dari segi rupanya tu.
ReplyDeletelain Sue, cakar ayam manis, hat ni tak masin sikit rasanya :)
Deletesedap kot ubi kayu makan dengan gula..hehe
ReplyDeletesedap kan dayah :)
Deletelama nyaa tak makan ubi kayu... sedapnyaa
ReplyDeletelama dah ye cikgu, kena cari ni haha :)
DeleteSlm ziarah..pertama kali dengar tentang tepek ubi kayu parut. Macam best je
ReplyDeletebest Ieja, makan panas2 hihi :)
Deleteaduhhhh... sedap betul ni.. ubi kayu empuk dgn kelapa parut masin2 manis.... ;)
ReplyDeletetapiiiiiiii... tepek ubi kayu parut tu tak pernah rasa pulak... hehehehehee... ada2 je menu tradisional kak ana ni tau... terbaiiikkkk....!
orang lama ain macam2 resepi ibunda kak ana dah rasa kan :)
Deleteubi kayu wat kuih pun sedap kak ana
ReplyDeleteye KG buat bingka kan sedap :)
Delete