Filem Abang 92

Filem Abang 92

Dua malam lepas, sekitar jam sepuluh malam kalau tak salah, ana sempat menonton semula tayangan filem Abang 92 di Astro Citra. Filem ini lakonan pelakon Azhar Sulaiman bersama Deanna Yusuf dan dari arahan pengarah dan pelakon yang amat ana minati Dato Haji Rahim Razali.Sebut sahaja Rahim Razali, ana tidak pernah gagal untuk menonton hampir kesemua filem arahan atau lakonan beliau bermula dari filem ABANG sekitar 1980-an dahulu lagi.Entah kenapa filem Abang 92 terlalu dekat di hati ana, puas mencari jawapan tapi tiada yang ana temui, yang pasti ana suka filem ini.




Filem Abang 92 merupakan sebuah filem yang diterbitkan pada 1993.Mengandingkan Azhar Sulaiman sebagai Imran, Deanna Yusof -Farah Hanum, Haliza Misbun watak Adibah, Dato Rahim Razali sendiri sebagai Firdaus Wahidin, Dato Mustafa Maarof, Dato Aziz Satar, Zarul Al Bakri dan ramai lagi yang membawa watak-watak yang sangat hebat lakonan mereka.

Sinopsis filem Abang 92


Imran memikul tanggung jawab sebagai penjaga kepada adik-adiknya , Adibah, Azura, Izam dan Azmah apabila kedua-dua ibu bapa mereka, Zainal Abidin dan Wan Atikah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pada awalnya, dia ingin menyerahkan tanggungjawab kerpada Pak Long dan Pak Su nya, tetapi menukar fikiran setelah mengetahui bahawa kedua-dua pakciknya selalu menyeleweng wang syarikat dan ingin menguasai syarikat bapanya. Dia meminta nasihat daripada peguam bapanya, Firdaus Wahidin bagi menyelesaikan masalah syarikatnya. Firdaus menugaskan anaknya, Farah Hanum, seorang peguam untuk membantu Imran. Terjalin satu hubungan yang erat antara mereka yang menimbulkan marah dan resah pada Pak Long dan Pak Su.Sama seprti filem ABANG sebelumnya,penghujung filem atau ending yang sangat terkesan dan mengalirkan air mata. Inilah kekuatan filem ABANG dan Abang 92 pada ana. Sangat hebat walaupun telah menontonnya beberapa puluh kali sekalipun.


Filem ABANG

The one and only Dato Haji Rahim Razali

Dato Rahim Razali dalam filem ABANG

Azhar Sulaiman ketika remaja

Deanna Yusuf

Kredit foto : Google Image

19 Comments

  1. saya tengok Abang 92 je..kecik lagi time tu.baru kenal ABC, tapi suka tengok Azhar Sulaiman yang comel tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sal pun kecik2 dahminat Azhar Sulaiman ye haha :)

      Delete
  2. cite Abang 92 ni, masa tu saya minat sangat dengan Azhar Sulaiman dan Deanna Yusuff.. hihi.. zaman sekolah masa tu.. siap kumpul poster.. kikiki..

    9 tips banyakkan susu ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan zaman sekolah lia suka sangat kumpul poster retis kan :)

      Delete
  3. Saya tak tgk sebab time tu tak pandai nak appreciate cite2 ni..1992 saya darjah 3 time tu..hehe..tp saya ingat sebab abg2 sy duk pulun tgk.

    Saya pun suka dato rahim razali..tp lain benor muka dia time muda...kalau akak minat rahim razali mesti tgk mok cun kan smlm...hehe..saya peminat setia mok cun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nur amni, tengah layan mok cun laa ni kelakar kan haha :)

      Delete
  4. salams kak ana,
    tengok citer nilah buat saya suka gila dengan azhar sulaiman yg cute tu
    tapi skrg azhar tak cun dah hhhehheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeh mieja, sekarang ni makin matang dah azhar sulaiman dulu2 tu kira jambu lah kan :)

      Delete
  5. xingat dh tengok ke belum citer nih.. huhuhu tapi citer lama memng best.. sy suka... dn dato rahim razali lainnya muka dia time muda...mungkin xde misai kot.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup AMS filem ni sinambungan filem Abang yang pertama dulu walaupun watak yang berbeza, satu naskah dari dato rahim razali yang sangat menarik dan hebat :)

      Delete
  6. Masa ni saya umur 13 tahun kot..mana minat filem2 ni..tau nak melompat ja..hahahah...lambat matang saya nih..Azahar sulaiman memang masa tu hero malaya la..kegilaan anak gadis ..kan kak??heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah DR.. kak ana masa 13 tahun memang minat beno dengan retis2 ni DR.. tapi 1992 kak ana dah habis stpm masa tu hihi :)

      Delete
  7. masa ni Azhar Sulaiman memang tengah handsome gilerrrrr....!!
    hahahahahaa.... :)


    ReplyDelete
  8. Saya singgah blog Kak Ana pulak..kat ofis xbole nak buka ni kat rumah baru dpt singgah n foloow balik..tq sudi follow saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe, terima kasih intan..jom kita menjalin ukhwah ye in shaa allah :)

      Delete
  9. citer abang aida tau.
    abang 92 aida x pernah tgk la plak hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang tu lagi lama aida, abang 92 ni era 90an juga lah :)

      Delete
  10. Abang92 rerun dekat SIAR jom layan

    ReplyDelete