Program Mentor Mentee EFG
Program Mentor Mentee EFG
Setiap hujung bulan, kami di BOD Exchange Feed Group akan memantau perkembangan UV setiap ahli EFGiers untuk melihat perkembangan dan pencapaian masing-masing.Kiranya macam tengok report-card lah.Mana yang kurang kita perbaiki sama-sama dan saling memberi pandangan dan idea bagaimana untuk meningkatkan prestasi trafik dan meningkatkan mutu blog setiap EFGiers.Alhamdulillah banyak perkembangan positif yang kami perolehi dari perkongsian ilmu disini.Pelbagai bentuk cetusan idea kami lahirkan bersama seperti cabaran satu hari satu entri dan yang terbaru ialah program Mentor Mentee EFG atas cadangan AmyJ, adik manis EFG yang awesome ni.Dan pemilihan Mentor adalah berdasarkan blogger dengan UV yang tinggi dimana Mentor akan membimbing Mentee supaya mencapai UV yang lebih baik di masa hadapan, In Syaa Allah.
Sembilan Mentor untuk program kali ini ialah :
1.ACIK - www.akupenghibur.com
2.CN - www.cikgunorazimah.com
3.ENY - www.enyabdullah.com
4.RARA - www.safurara.com
5.SHA - www.awansayatasana.blogspot.com
6.ANA - www.anajingga.com
7.SA - www.suriaamanda.blogspot.com
8.PCL - www.nazlee.com
9.KC - www.sayidahnapisah.com
Jom ana kenalkan pula empat mentee dibawah ana yang tidak kurang hebat dengan niche blog yang berbeza, gaya penulisan yang menarik dan mempunyai kekuatan dan semangat berblog yang tinggi.Bolehlah berkunjung ke blog mereka dan mengenalinya dengan lebih dekat lagi.
1. Blog :www.irrayyan.com
Dengan niche Lifestyle dan Parenting , blog ibu muda dengan pelbagai keletah tiga cahaya mata yang comel Adam, Anis dan Amal.Sarat dengan pelbagai tips dan panduan penjagaan anak, kerenah anak-anak,motivasi dan pekongsian dari Instagram wajah-wajah putera-puterinya yang memikat hati.
2. Blog : www.amysyeera.com
Salah satu blog kesukaan ana, bangga dengan gaya penulisan yang santai menyampaikan mesej-mesej dengan garapan yang sangat menarik.Mempunyai pengikut setia yang akan terus mengikuti lembaran demi lembaran perkongsian yang meninggalkan tanda tanya.Selain terdapat pelbagai perkongsian tempat-tempat makan menarik yang pernah di reviewnya dan yang paling indah kisah-kisah cinta jiwa lara yang menambat hati pembaca setianya.Ana sendiri kagum dengan gaya penyampaian amy yang begitu tersentuh apabila kita membaca ayat demi ayat.
3.Blog : www.dramaticuniq.com
Memilih cara hidup sihat sebagai perkongsian tips dan panduan pemakanan yang baik untuk kesihatan tubuh badan, berkongsi kata-kata motivasi sebagai panduan bersama disamping berkongsi idea seni kraf yang menarik untuk dijadikan hobi harian yang baik.Mokchik Ain menulis dengan gaya santai dan menghiburkan di setiap perenggan ayatnya. Seronok bila berada di dramatic uniq seolah-olah Mokchik sedang berbual sakan dengan kita.
4. Blog : www.nikainaa.com
Gadis manis yang pemalu dan seorang pelajar yang merupakan peminat novel-novel banyak menulis review dari novel yang pernah dibacanya.Selain itu aina juga banyak berkongsi pengalamannya sebagai seorang pelajar dan memberikan panduan berguna kepada bakal penuntut yang lain.Santai dan kemas, penyampaian yang ringkas namun padat dengan informasi yang berguna.
In Shaa Allah,semoga dengan jalinan ukhwah dan kasih sayang kami sebagai satu keluarga besar yang saling melengkapi di antara satu sama lain ini akan membawa ke arah yang lebih positif.Apa sahaja kami bincangkan sebagai adik beradik,ingat mengingati, nasihat dan teguran malah semuanya di terima dengan hati yang terbuka.Matlamat EFG ialah untuk membaiki prestasi blog sesama ahli agar mencapai satu tahap yang baik suatu hari nanti.
22 Comments
Bagusnya kak Ana..
ReplyDeleteIn Shaa Allah semoga bermanfaat buat semua CP :)
DeleteMoga ilmu yang dikongsi bermanfaat sentiasa amin,,
ReplyDeleteAmin, In Shaa Allah PC :)
DeleteWahh..satu teamwork yg cukup baik. Cara yang sihat untuk membina empayar bersama. Kipidap
ReplyDeleteterima kasih PSSA :)
Deletedf tak paham,. actually ni untuk apa >,<
ReplyDeleteDF ,EFG adalah satu group blogger yang saling berkongsi ilmu dan teknik2 dalam berblog, kami adakan banyak perbincangan dan kelas sesama ahli.. salah satunya ialah program di atas :)
DeleteSalam, wahh blog pun ade sistem mentor mentee yaa...bagus, mcm sy duk kt asrama dulu, bantu-membantu..hihi..sy dh siap2 klik 4 link blog tu, tinggal nak terjah je sat lagi..hihi
ReplyDeleteterima kasih Lynn :)
DeleteGood luck k.ana, semoga sama.sama dapat manfaat.
ReplyDeleteIn Shaa Allah PCL one of our mentor :)
DeleteBagus usaha camni dapat melahirkan blogger berkaliber gitu. Hehe ^-^
ReplyDeletemudah-mudahan Zumal :)
DeleteWow hebat semuanya
ReplyDeletearz pun hebat juga pada kak ana :)
Deleteyeaayyy...!! baiknya Mentor saya niiii...
ReplyDeletethank u promote blog picisan Ain tu... *ehem..malu-malu kucing*
hahahahahhaa...
love u Mentor...!!
u are the best...!! :)
love you too ain :) all the best dalam dunia blogging kay ,kipidap dongivap :)
Deletebaiknya kak ana..nak jd mentee kak ana jugak..hehe
ReplyDeletezatie, ramai lagi kat atas tu mentor yang hebat di efg :)
Deleteehem
ReplyDeleteehem ehem :)
Delete