Lari Mira di Lestari TV3

 

kredit foto: edtv-zahidizakariya.blogspot.com

Semalam ternanti-nanti juga kemunculan episod pertama drama bersiri Lari Mira yang di tayangkan dalam slot Lestari di Tv3.Ini kerana ana menontonnya dari promo yang disiarkan hampir setiap petang ketika siri Carmela berlangsung.Macam menarik dari gambaran yang diberi tambahan pula ada menyebut tentang kisah selepas tsunami di Aceh.Dan setelah menonton episod pertamanya semalam, ternyata ia sebuah drama siri yang akan terus ana ikuti hingga ke akhir nanti, In Shaa Allah.

Drama siri Lari Mira di TV3 ini dibintangi oleh pelakon dari tiga buah negara iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia sendiri.Drama 14 episod yang bermula semalam 9hb September setiap Rabu dan Khamis jam 9:00 malam.Terbitan Frontrow Pictures Sdn Bhd dan arahan Feroz Kader manakala skrip oleh Sofea J Rhyland.


Barisan pelakon drama Lari Mira

Nina Iskandar (pelakon Brunei) sebagai Mira
Nazrief Nazri (Malaysia) sebagai Yusof
Erlandho Saputra (Indonesia) sebagai Adi
Fazlina Ahmad Daud sebagai ibu Nina
Airis Yasmin sebagai Dr. Zuli
Umbu Abdullah sebagao Rio
Ieka Simon sebagai Jiji
Cut Okta sebagai Cut Syuhada

Sinopsis Drama Lari Mira


Kisah bermula apabila Mira seorang anak manja keluarga yang kaya menentang kehendak keluarganya untuk mengadakan majlis perkahwinannya mengikut adat tradisional Acheh. Ini kerana ibu Mira berdarah Acheh dan ingin melihat anaknya berkahwin mengikut tradisi Acheh.Dalam masa yang sama Mira menghadapi konflik dengan tunangnya Yusof sebelum Mira dan ibunya bertolak ke Acheh untuk menjemput saudara mara mereka di sana ke majlis perkahwinan itu nanti.

Di Acheh, Mira tidak biasa dengan kehidupan masyarakat Acheh yang berpegang kuat dengan ajaran agama Islam dan persekitaran yang tidak moden seperti di Kuala Lumpur.Dan ketika itulah berlakunya kejadian tsunami di mana Mira terpisah dari keluarganya dan apabila tersedar dia di selamatkan oleh seorang lelaki Acheh.Dalam mencari semula keluarga dan usahanya untuk pulang ke tanahair, Mira terlibat dengan pelbagai konflik dan dugaan.Berjayakah Mira kembali ke pangkuan keluarga dan tanahair?Sama-sama kita ikuti drama hebat ini hingga ke akhir episod nanti.


kredit: Infotaip.blogspot.com

Episod akhir Lari Mira


Berakhirnya semalam 22hb Oktober 2015,drama siri yang terbaik bagi ana sepanjang 2015 ini. Penuh keinsafan bila Mira akhirnya berjaya juga sampai ke Banda Acheh bersama Hadi setelah mengharungi perjalanan yang panjang dan sangat meletihkan. Berjalan kaki dengan hanya mendapat ehsan penduduk Acheh dan dalam masa yang sama di buru oleh Reo dan kuncu-kuncunya.

Namun Mira amat hancur hatinya apabila mengetahui mamanya sudah tiada lagi. Terubat juga hati bila Yusuf setia mencarinya di Banda Acheh dan akhirnya Mira selamat pulang ke pangkuan keluarga di Kuala Lumpur dengan jiwa yang  baru.Jiwa yang penuh keinsafan dan penyesalan, jiwa yang seolah-olah satu kelahiran semula buat Mira.Hadi tinggal di Acheh tanah kelahirannya dengan satu kenangan terindah menyusuri perjalanan hidup .Suhada mengikuti Mira pulang ke Malaysia meneruskan pelajarannya tanpa ibu bapa yang menjadi korban tsunami.

16 Comments

  1. wahhh..tq Ana buat review aula baca sini jer la tak sempat aula nak menonton sebab sampai rumah lambat

    Rahsia Bayi Pintar

    ReplyDelete
  2. Baca synopsis mcm menarik gak ceritanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm dah dua hari kak ana layan agak menarik lah cik La :)

      Delete
  3. Kelmarin kebetulan tertgk citer Lari Mira ni.. best! geram je tgk mira tu, mcm nak picit2 je... tp yg xbestnya ni cerita episod yg bersambung.. malas sungguh nak follow episod.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nama lagi drama siri MJ bersambung-sambung lah ye :)

      Delete
  4. ana semalam halimah tgk jugak cerita ni..orang yang kutip mangsa tsunami tu sure watak antagonis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah HS ada sendikit pemerdagangan manusia terlibat dari cerita ni :)

      Delete
  5. Ana.....nak tanya sikit..sape gerangan pelakon memegang watak kakak yusof tu? Cam kenal la

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ferguson, minat ke hihi dia ialah Jasmine Ashraff, pelakon Malaysia pernah berlakon dalam Mr Mama .

      Delete
    2. jasmine? Mr mama? citer melayu lain ape die berlakun? tq

      Delete
    3. maaf ferguson hat tu je kak ana ada infonya, kena cari di blog artis dan hiburan juga nampaknya kay.. so sorry..:)

      Delete
  6. belum sempat tengok sebab berebut tv dengan anak2

    ReplyDelete