Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care Yang Menyegarkan
Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care
Tak pernah terfikir pun sebelum ini adanya satu produk yang sangat ana cari-cari selama ni.Sebenarnya walaupun dah berusia empat puluhan, ana memang tak suka menggunakan minyak angin.Kalau tak salah, ana hanya di paksa menyapu minyak angin ketika berpantang suatu masa dahulu sahaja,lepas tu memang tak guna sebarang minyak angin dah, kerana tak tahan dengan bauan tradisionalnya.Namun hari ini, siapa sangka minyak angin yang dahulu sinonim dengan bau-bauan herba serai dan sebagainya kini telah diinovasikan berbau harum, segar dan menyamankan apabila digunakan pada tubuh badan kita.Inilah yang akan ana kongsikan disini....kesegaran menggunakan Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care.
Ana menggunakan Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care semasa dalam perjalanan ke Port Dickson sempena cuti Hari Kebangsaan, Sabtu lalu. Jalan memang sesak dan terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas dengan cuaca yang panas walaupun kereta berhawa dingin mengundang sakit kepala. Namun sebagai persiapan awal ana bawa bersama Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care. Menyapukannya di sekitar dahi dan kiri kanan kepala, Alhamdulillah meredakan sakit kepala dan pastinya tidak mengganggu anak-anak dan suami yang berada di dalam kereta kerana ianya sangat wangi dan menyegarkan.Tengahari itu ana menggunakan aroma Passion Fruit.
Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care terdapat dalam pelbagai aroma seperti Bubble Gum,Happy Cherry,Green Tea,Passion Fruit,Lavender dan lain-lain lagi..sepuluh jenis aroma semuanya yang sangat memikat hati.
Sepuluh jenis aroma dari Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care:
Khasiat Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care:
Selain daripada itu, ia adalah produk yang sesuai digunakan semua lapisan usia kerana dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia yang berbahaya pada kulit.Ia juga mudah dibawa kemana-mana, mudah untuk digunakan secara roll-on dan yang penting berbau harum dan menyegarkan.
Secara ringkasnya Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care:
- menghangat dan menyegarkan tubuh
- meringankan sakit kepala
- meredakan kembung perut
- mengatasi masuk angin
- mengatasi mabuk perjalanan
- meringankan selsema
Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh hubungi Ejulz di whatsapp : 016- 850 0565 atau di Instagram @asrul_harfan atau juga ke blog www.kampung-kameq.blogspot.com
~berkongsi info yang bermanfaatkan ~
30 Comments
Thx for sharing..boleh la cuba nanti :)
ReplyDeletebagus produk ni NNML :)
DeleteWah..thanks for sharing kak ana....nanti nk skodeng
ReplyDeletecontact je no di atas SA :)
Deletemenarik ni..terima kasih sharing..
ReplyDeletetu lah PC satu produk yang bagus untuk kegunaan seharian :)
Deleteassalamualaikum ana...wah best ni ada perlbagai haruman...
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, betul mama ada pelbagai haruman :)
DeleteMmm..minyak angin pun dah makin advance...
ReplyDeletetu lah kak mala :)
Deleteyelah...ini bukan minyak angin biasa ni...2 dalam satu...wangi dan berangin...
ReplyDeleteminyak wangi dan minyak angin...
haah Bunda, lain dari yang biasa :)
DeleteMenarik ni :D
ReplyDeletesangat menarik nani :)
Deletebetul ni, ia menarik, namy dah beli 3. satu simpan dalam handbang, satu letak kat office, satu bagi mak.=)
ReplyDeleteerm namy pun dah mencuba ye..produk yang bagus kan :)
DeleteMenarik....kalo pkai yg tradisional pya memang bau kuat...
ReplyDeletebetul tu putri, kak ana memang tak suka berminyak angin yang berbau kuat tu..hihi :)
DeleteLama x jengah sini ....mcm best je boleh cari nanti ...
ReplyDeletehaah suzie, nanti cari kay tak pun wassup saja nombor di atas kay :)
DeleteSalam, wahhh minyak angin tp ada pelbagai bau yg best ya! hehe, baru juga tahu psl produk ni...
ReplyDeletehaah Lynn pelbagai aroma :)
Deleteowh...gud info. sy kalau jalan jauh mmg akan standby minyak angin sebab selalo pening....nak nak plak kalau cuaca panas. lagi cepat pening. leh la try minyak ni plak pasni
ReplyDeletetry lah KN memenag berangin tapi harum je :)
Deleteterbaik.
ReplyDeletekalau dulu bau minyak angin sgt kan.
now da harum aje ekk....
bagus la.
kan aida :)
DeleteMacam bagus je..
ReplyDeletebagus ni YS :)
DeleteMinyak angin yer, macam perfume ^-^
ReplyDeleteminyak angin zumal, tapi wangi dan menyegarkan bila digunakan :)
Delete