Kesian kan tengok muka cik kak ni pagi-pagi Jumaat yang penuh keberkatanNya. ana jumpa cik kak putih kelabu ni di kedai makan tengahari lepas. Asyik pandang je kat muka kami yang sedang menjamu selera. Bila panggil dia makin dekat datang menghampiri meja dan terus melangut pandang lagi. Minta simpati lah tu, eh bukan minta simpati sebenarnya minta makan je..

Adik Ika macam selalulah pasti bagi lauk kat cik kak ni, sebab Adik Ika makan nasi ayam, dia bagilah kat cik kak ni isi ayam.Cik kak ni hidu , pastu pandang balik kat kami.Tak jamah pun.. jemu agaknya makan ayam.Kemudian kak long pula bagi ikan, dia hidu pastu jamah sikit je, tinggalkan lauk tu atas lantai.Tak nak juga.Pelik pula perangai cik kak ni kan. 

Kami tanya kat dia, nak makan apa, ayam dengan ikan tak nak..pastu suami ana kebetulan ambil sambal udang dengan petai. Ana ambillah seekor udangnya kupas kulit, bagi kat cik kak.Haa baru dia makan.Hihi nak makan udang rupanya.Kucing pun pandai nak tukar selerakan. Kelakarpun ada. Tapi itulah, kucing ni juga Allah swt berikan akal walaupun tak banyak. Depa masih boleh memilih makanan dan tahu pula cari orang yang akan bagi makan dekat depa.

Ana memang biasakan anak-anak dari kecil lagi supaya ada rasa belas kasihan kepada makhluk lain di atas muka bumiNya ini. Bila jiwa anak-anak dididik dengan nilai-nilai ehsan dan kasih sayang, In Shaa Allah, mereka akan sentiasa bertindak dan berfikir untuk jadi baik.Jiwa anak-anak akan jadi lembut dan tidak suka pada keganasan dan kerosakkan. Kita sebagai ibu bapa adalah cerminan pada anak-anak. Didik, tegur dan nasihat dengan penuh rasa kasih sayang.Banyak contoh yang ada disekeliling kita boleh di jadikan medium dalam mengasuh jiwa anak-anak.

Senjata utama kita sebagai ibu ayah ni ialah doa. Jangan jemu untuk terus mendoakan anak-anak di setiap ruang waktu. Selepas kita mendoakan kesejahteraan buat mak ayah kita, panjatkan doa buat anak-anak jua. In Shaa Allah. Salam Jumaat dari anajingga.com.