Drama Dhia Sofea TV3


Setelah selesai drama siri Bukan Isteri Sempurna di slot Samarinda TV3, kini di gantikan pula dengan sebuah drama siri lakonan Amyra Rosli bersama beberapa pelakon popular tanahair seperti Maria Farida, Dato Eizlan Yusof, Raja Ema, pelakon yang lama menyepi Sharifah Haslinda di gandingkan juga dengan pelakon-pelakon baru antaranya Fadlan Hazim, Syafiq Kyle dan lain-lain lagi.




Slot Samarinda di TV3 seperti biasa bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis tepat jam 10:00 malam. Drama terbitan Rashbir Media Sdn Bhd , Dhia Sofea arahan pengarah terkenal Rashid Sibir yang hebat dengan drama-drama airmata.


Pelakon drama Dhia Sofea


Amyra Rosli sebagai Dhia Sofea
Fadlan Hazim sebagai JJ
Syafiq Kyle sebagai Din
Maria Farida sebagai Lorena
Sharifah Haslinda sebagai Dolly
Sasqia Dahuri sebagai Tina
Raja Ema sebagai Cik Non
Dato Eizlan Yusof sebagai Mahadi
Norlia Ghani sebagai Mak Yam

 

Sinopsis drama Dhia Sofea


Mengisahkan Dhia yang mengetahui statusnya sebagai anak angkat kepada mak Yam pada hari ulang tahun kelahirannya. Mak Yam memberitahu Dhia peristiwa di mana seorang wanita menyerahkan seorang bayi perempuan kepadanya bersama seutas rantai dengan huruf 'M' di satu malam .Bayi itu ialah Dhia, dan Dhia bertekad untuk kembali semula ke bandar dan tinggal dengan Cik Non untuk menjejak siapa ibu kandungnya yang sebenar.

Terdapat konflik di dalam keluarga JJ teman rapat Dhia iaitu antara ibu JJ, Lorena dan kawan baiknya Dolly serta bapa Jj Mahadi yang seolah-olah menyimpan sebuah rahsia tentang siapa ibu kandung Dhia yang sebenarnya.Menarik juga jalan cerita, penuh dengan teka-teki dan penampilan beberapa pelakon hebat tanahair memeriahkan lagi drama siri ini.

Jom kita ikuti hingga ke akhir episod drama Dhia Sofea sambil merungkai misteri siapakah ibu kandung yang Dhia cari selama ini, dan apakah rahsia yang menjadi tanda tanya antara ketiga-tiga mereka.












 kredit foto-foto: Google Image

14 Comments

  1. Macam menarik je citer ni kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok gak lah layan SA sebab ada amyra rosli yang cun melecun tu hihi :)

      Delete
  2. Mummy suka tgk lakonan Syafiq.. Mcm gud2 je.. Heheheh tp bila berlakon jadi baik ka, jadi jahat ka.. Memang menjadi. ! Hehehehe :)

    ReplyDelete
  3. dah lama tak tengok tv3 ni Ana, pelakon pun banyak yg tak familiar dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai pelakon baru kak Noor sekarang ni :)

      Delete
  4. Selalu terlepas nak tengok..malam2 sayq tengok kdrama.kalu tv3 suka ulang siaran macam astro kan best..hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. DR kak ana malam-malam baru free sikit nak menonton tv ni hihi :)

      Delete
  5. Selamat menonton buat semua peminat..:)

    ReplyDelete
  6. Hai kak ana.. seronok la house wife dapat layan drama... hihihi..

    PapaG tag kak ana daam entri ni..

    http://www.papaglamz.com/2015/10/segmen-jom-tingkatkan-followers.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali papaG, ok noted dan good luck ye :)

      Delete
  7. selalu terlepas drama...selalu arz lebih suka tonton filem...tak payah follow setiap hari

    ReplyDelete