Hadiah Istimewa Dari Bumi Germany
Alhamdulillah.. tengahari Jumaat 30hb Oktober 2015, telah selamat sampai sekeping sampul surat putih yang diterbangkan jauh dari bumi Germany. Ia adalah hadiah yang ana menangi dalam satu Giveaway anjuran adinda blogger tersayang Siti Aisya Ibrahim dengan blog kesayangannya jindrisska.blogspot.my . Ana memenangi salah satu dari hadiah yang ditawarkan iaitu sebuah fridge magnet dari Prague ,Czech Republic. Jauhkan datangnya .
Hadiah ini ana anggap sangat istimewa kerana pertamanya, ia sebagai kenang-kenangan dari Aisya yang mana suatu ketika dahulu kami pernah bernaung di dalam sebuah kumpulan blogger yang sama, dan kini masing-masing telah kembali solo. Waktu itu, kami sering kali berbual di whatsapp dan juga telegram group dengan pelbagai kisah-kisah yang dikongsikan. Aisya merupakan seorang pelajar di Germany bersama suaminya dan In Shaa Allah bakal menamatkan pelajarannya tidak lama lagi. Bagi yang ingin mengenali wanita terpelajar dan peramah ini, bolehlah mengikuti kisahnya di www.jindrisska.blogspot.com di link yang ana berikan di atas.
Disana, kita akan mengetahui aktiviti harian Aisya dan suaminya, percutian percutian mereka ke serata negara-negara Eropah dan seribu satu kisah anak muda di perantauan yang menuntut ilmu. Tak rugi menjadi sebahagian pembaca setia blog cantik ini.
Kini fridge magnet dari seberang benua kiriman Aisya telah ana lekatkan bersama koleksi kesayangan yang lain di peti sejuk comel ana. Setiap fridge magnet yang ada disini, ada kisahnya tersendiri. Ada yang ana beli sendiri ketika makan angin di tempat-tempat menarik di tanahair, ada juga hadiah dari saudara mara yang melancung di dalam dan luar negara, dan di sana juga kelihatan sebuah fridge magnet dari Langkawi kiriman adinda blogger Cik Pinz dari www.cikpinz.com . In Shaa Allah selagi hayat di kandung badan, ana akan menyimpan semua ini sebagai tanda mata yang amat ana sayangi.Alhamdulillah.
26 Comments
bestnyaaa.. jauh tuu dari German.. hee
ReplyDeletetu lah lisa, jauh datangnya hihi :)
Deletekak ana dapat FM SA plak dapat buku travel....
ReplyDeleteTu lah SA, kak ana ada baca entri SA hari tu :)
DeleteCantik2 fridge magnet Ana..
ReplyDeletebanyak kak Mala koleksi FM ana, sampai bawah dan tepi fridge ana lekatkan :)
Deletewah banyaknya..tahniah ana :-))
ReplyDeletehihi banyak lagi tuu Yanty, terima kasih :)
Deletetahniah kak ana....
ReplyDeletetime kasih effa :)
Deleteada jugak dpt fm dri aisya aritu..x sempat nak buat review..
ReplyDeletesetem tu yumida simpan..special dri germany..jauhhhhhh
tahniah utk akak...yumida pun rajin kumpul fm ni
dah byk fm dikumpul..nak lekat kat peti ais bila dah duduk kat rumah baru kelak
kumpul dulu kay Yumida nanti lekat kat rumah baru nanti..Tahniah buat Yumida juga :)
Deletewa.. bestnya..
ReplyDeleteBlog Nurfuzie.com
best kan CIk EN :)
Deletealahai, banyaknya magnet fridge
ReplyDeletehihi banyak gak lah HS :)
DeleteTahniah kak ana. Banyak fridge magnet tu. Nak satu boleh?? Hihi
ReplyDeletemeh syira datang sini, kak ana bagi pilih je mana nak :)
DeleteMurah rezeki akak ana jauh perjalanan fm tu berjumpe tuan baru dia ^_^
ReplyDeletetu lah Malinda, alhamdulillah selamat sampai :)
Deletetahnia banyak dapat hadiah..nilha keunikan kita berblogging..ada juga hasil ..dan ilmu di blog tu sangat2 hebat..
ReplyDeletealhamdulillah etuza :) rezeki kan
Deletepatutla ada bau German shepherd sikit.. haha
ReplyDeletehaha jauh datangnya zaf :)
Deletewow. terbaik.
ReplyDeleteuntuk sgt sebab dpt dari frens blogger oversea gitu.
aida pun peminat fm :)
samalah hobi kita aida ye kumpul FM :)
Delete