Idea Susun Frame Gambar di rumah


Kadang-kadang terdapat pelbagai cara untuk kita menghias dinding rumah supaya tidak nampak ruang kosong.Ada yang gemar memilih meletakkan gambar-gambar lukisan, seni khat tulisan ayat-ayat suci Al-Quran, gambar-gambar pemandangan atau gambar ahli keluarga sendiri. Cuma ada masanya kita seperti kehilangan idea bagaimana ingin menyusun bingkai-bingkai gambar ini di sudut mana serta bagaimana ingin menyusun atur frame-frame gambar ini supaya kelihatan menarik di pandang. 

Hari ini , ana kongsikan beberapa idea dari brightside.me supaya dapat memberi sedikit gambaran idea menyusun frame gambar di dalam rumah kita nanti.



Gambar di atas mengatur beberapa keping bingkai gambar keluarga di sepanjang tangga ke ruang atas rumah.Sesuatu yang menampakkan kekemasan ialah apabila ia memilih frame yang berwarna hitam dengan latar belakang keliling gambar berwarna putih.Tema hitam putih memberi kombinasi ruang warna yang kemas dan tidak bercelaru walaupun saiz frame serta gambar berlainan. Satu idea yang konsistan dan cantik di pandang.



Dari dua foto di atas, apa yang ana lihat disebelah kiri memilih beberapa warna dan saiz frame yang berbeza  dan di susun secara rawak (random) di atas rak di tepi dinding rumah. Mungkin ada yang meminati susun atur sebegini yang lebih nilai seninya yang tersendiri.Manakala ana lebih menggemari susunan kemas di sebelah kanan dengan memilih saiz,bentuk dan tema lukisan yang sama.Ia di atur kemas di dua rak bertingkat yang menyerikan ruang bilik.



Kedua-dua gambar di atas menseragamkan warna bingkai gambar namun berbeza saiz frame. Juga menarik di hias di ruang dinding rumah cuma pastikan ia selari dengan pandangan mata kita atau 'eye-level' supaya ia tidak terlalu tinggi mendekati siling rumah. 



Cantik juga disusun di belakang sofa di ruang tamu rumah dengan padanan warna yang senada antara warna dinding, sofa dam frame gambar yang di pilih.







Semoga perkongsian ana disini dapat memberi beberapa ilham idea untuk mereka yang ingin memulakan dekorasi rumah dengan susunan pelbagai frame gambar.Cuma setiap kali kita hendak mendekorasi ruang pilihlah kombinasi warna yang disukai supaya senada dengan warna dinding dan perabot kerana pada pendapat peribadi ana, terlalu banyak warna di dalam ruang rumah yang tidak senada akan memberikan satu pandangan yang tidak menarik.Paling banyak pun ana akan menggunkan padanan tiga warna untuk setiap ruang sebolehnya.Rancang dahulu sebelum memulakan sesuatu projek d.i.y dekorasi untuk hasil yang memuaskan hati kita sendiri.Waallahu a'lam. :) 

Mahu Dekorasi Rumah? Klik Sini!